Friday, December 23

enjoy , enjoy jugak . tapi ....

Bismillahirrahmanirrahim ~

In The Name of ALLAH , The Most Gracious and The Most Merciful 

salam untuk semua sahabat :)

22.Disember.2011 yang lalu dah jadi sejarah untuk semua pelajar pelajar yang telah menduduki PMR . tahniah buat korang yang dah dapat result bagus bagus . Alhamdulillah . berterima kasih lah kepada DIA , kerana semua rezeki itu datang dariNYA . and kepada sesiapa yang tak dapat keputusan cemerlang . jangan sedih , jangan give up . muhasabah balik . mungkin kita still belum cukup usaha . mungkin jugak niat untuk kita belajar salah . betul tak ? ingat ye sahabat , niat tu sangat dan sangat lah penting , niat lah belajar kerana ALLAH . sebab semua ilmu yang kita tuntut ni , semuanya ilmu ALLAH :) tapi bukan dalam belajar je nawaitu kerana Allah . semua perkara kita kena buat kerana Allah . that's the best :) *reminder for myself  ~~

hmm , dah usaha ? tak dapat cemerlang jugak ? takpe2 ~don't be sad . Allah tengah menguji kesabaran awak tu .. :) setiap apa yang DIA rancang . ada hikmahnya . yakin lah dengan ketentuan DIA okay ? :)

next year aku pulak nak SPM . doa doakan aku dan semua sahabat aku dapat keputusan cemerlang belake ye . insyaALLAH  :)

hari ni , aku nak cakap pasal ..

hiburan , sapa tak suka hiburan ? aku ? mestila suka . tipu tak suka . tapi dalam berhibur ni . ada jugak pantang larang dia . ada jugak syarat syarat dia . ada had dia . okay ?




apa tujuan utama manusia dicipta oleh ALLAH swt ?

firman Allah :
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"
Az-Zariyyat : 56

jelas kan ayat tu ?


tapi , islam tak halang pun kalau kita nak berhibur . Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur dan berseni macam dengar lagu , bunyi apa2 ke or tarian ke ,,,  asalkan hiburan tu tak langgar hukum-hukum syarak . indah kan islam ? dia tak halang pun fitrah kita . tapi , tetap ada batas batas dia . korang percayalah . setiap batas yang ditetapkan tu , sebenarnya semua ada kebaikan yang kita sendiri tak nampak . 

walau pun kita berhibur , tapi jangan lupa tanggungjawab besar kita kepada ALLAH dan AGAMA 

syaitan selalunya akan mengambil kesempatan untuk sesatkan manusia . 

Allah berfirman :
"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang bertujuan menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan"
surah Al-Luqman : 6 

kadang2 , kalau pergi konsert . mesti ada kan orang yang menari menari ni . seni tarian ni dah mula sejak zaman jahiliyah lagi . tapi , apa pandangan syarak tentang seni tarian ni ? hmm ??

ni fatwa yang aku jumpa dalam satu artikel .  tapi dalam bahasa arab . cuba la baca ~
Fataawa Al-Azhar, kita akan mendapati keterangan-keterangan seperti berikut:

لا يرضى عن الألعاب التى تثير الشهوة وتحدث الفتنة ، كرياضة الرقص من النساء حين تعرض على الجماهير

كما أن الرجل الذى يرقص مع امرأته على مرأى من الناس مرتكب لهذا الأثم ولهذه المعصية وفاسق بذلك ظالم لنفسه مجترىء على ربه مستحق للعقوبة المذكورة

وهذه قضايا معلومة بداهة من الدين لا تحتاج إلى إقامة برهان عليها ومن يرضى بها سواء أكان حاضرا وقت ارتكابها أم لم يكن حاضرا آثم كذلك لأن الرضا بالمعصية معصية كما أن الرضا بالكفر كفر

faham ? 

tak ? aku pun tak faham , saja je nak letak ayat tu . hehe :p
takpe2 , kita baca apa sebenarnya kandungan ayat tu .

Antara kandungan yang dapat disimpulkan 

1. Pergerakan dan permainan perempuan yang terbuka kepada khalayak boleh menimbulkan fitnah dan hukumnya haram. 
-- > aku rasa benda ni dah jadi kebiasaan dah pun kan ? konsert , clubbing , and macam macam lah . malas pulak aku nak senaraikan . korang pun tau kan ? ........ dan hukum dia HARAM . 

2. Perempuan haram menari walaupun dengan suaminya sendiri dikhalayak ramai dan termasuk didalam kumpulan yang melakukan dosa.
-- > macam sehati berdansa tu , tak boleh jugak la . aku usha jugak sehati berdansa tu . memang diorang pakai , ada inner kalu yang nipis nipis tu . tapi kan , masih tak tutup aurat . dah dapat dua saham . first 'bergelek gelek' depan orang *bergelek dengan menari , same je kan ? :pp hehe and second dosa tak tutup aurat . ish2 . nauzubillah . moga dijauhkan dari kita dan keluarga kita ye :) 

3. Keadaan seperti ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak memerlukan kepada dalil yang jelas bahkan ia boleh difikirkan secara akal sahaja.
-- > masing masing ada akal . kan ? so , boleh fikir sendiri ~

4. Sesiapa yang meredhai perbuatan tersebut samada hadir ataupun tidak maka ia adalah maksiat.
-- > sedar tak sedar , kita yang just tengok dan tak cegah pun benda ni , dapat saham jugak sebenarnya . =.='' 

selemah lemah iman ialah mencegah dengan hati ~~

Rasulullah s.a.w. :

"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."
(hadith Riwayat Muslim)

tapi , nak ke kita "selemah lemah" iman ? tepuk dada masing masing , tanyalah pada iman *termasuk aku ~ hmm . 

okay , tu pasal tarian . lepas ni , aku nak bagi pulak pasal hiburan yang dibenarkan oleh syarak . apa dia ? korang tunggu post lepas ni eh . 

insyaALLAH aku akan buat secepat mungkin . tunggu tau ~ hiburan ni merata rata dan sebagai umat islam . penting untuk kita ambil tahu . ini bukan benda untuk main main je kan .   

benda ni sangat penting . sebab zaman moden sekarang ni , hiburan merata rata . dan kadang2 kita terlalu leka dengan hiburan sampai kewajipan pun ditinggalkan . tapi , korang tak macam tu kan ? insyaALLAH 




ps : moga ALLAH melindungi semua kaum muslimin dan muslimat dari kelekaan dengan dunia yang kepalsuan , kelekaan bermain dengan kematian , kelekaan kejar mengejar karun kerugian dan kelekaan bersama manusia bukan insan . Amiin .  

pss : peringatan yag dituju buat diri sendiri juga :) 

please wait for the next entry okay ? :) and be patient :)(:


Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

4 comments:

syahira hamdan said...

Wah,good artical kak Yana . hehe ;p

yana :) said...

thanks dek :)

xDer said...

sesuatu yang menarik buat semua ni.. nice :)

yana :) said...

tq :) alhamdulillah ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...