Tuesday, December 20

Tidur yang mendapat pahala

Bismillahirrahmanirrahim ~

In The Name of Allah , The Most Gracious and The Most Merciful 

salam . apa khabar iman ? sihat kah ? :) 


mood nak buat post hilang sekejap sekarang ni , mood aku dah bertukar arah . hmm .. tapi hari ini , ku gagahi juga jari jemari ini untuk menari nari di papan kekunci . hahaha . bajet macam susah sangat lah nak taip nye pun ~~

apa2 pun , korang baca ye :) kita share same same . hehe . 

sangat cute :)) 


okay , aku nak berbicara tentang TIDUR . tau tak tidur tu apa ? tak tau ?? tak payah nak tipu la . budak 5 tahun pun tau tidur tu apa . okay , sesiapa yang tidur mengikut sunnah nabi , tidurnya dikira sebagai IBADAH :)

ganjaran untuk orang yang amalkan sunnah ni , sangat besar ~


Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

kalau kita just tidur selama bertahun tahun tanpa amalkan sunnah nabi . kita just akan dapat kerehatan . hanya kerehatan . kalau bernasib baik , mungkin kita dapat kumpul berkilo kilo tahi mata or berliter liter air liur basi -.-'  


rugi kalau tak amalkan sunnah nabi . jom samasama mula amalkan :)

antara sunnah sunnah Nabi saw sebelum , ketika dan selepas tidur 


1 . baca doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur . 
-- > Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga. waw ! kehilangan kata ~ 


2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. 
-- >Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. simple je ni .. takkan tak boleh buat kan ? :)


3 . Membaca Tasbih Fatimah . 
-- > Tasbih Fatimah? macam mana ? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali. just spend ur 5 minutes :) kalau menyanyi nyanyi kita boleh , tasbih yang sekejap ni tak kan tak boleh kot ? kan ? :)

Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid.

haa , korang just baca for 5 minutes jee , mati syahid tu . syurga bayaran dia . tak nak ?? hmm ~ okay , teruskan ..


4 . Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun)
-- >tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
-- >then , baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali.

Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5 . Niat untuk bangun Tahajjud.
-- > Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

tapi niat dengan penuh tekad la ye . jangan la buat sambil lewa je pulak . *ALLAH maha mengetahui setiap sesuatu :)


6 . Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
-- > kadang kadang memang rasa malas kan ? tapi ingat lah ganjaran ganjaran dia . ikhlaskan hati yup ! hehe


7 . Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. 
-- > walaupun mungkin susah nak maafkan salah seseorang , tapi ingat ~ manusia tak ada yang sempurna , semua tak lari dari buat kesalahan , kita pun macam tu kan ? :)

dan biar Allah sahaja yang balas kesalahan dia yepp :)

-- > hutang ~ yep , mungkin banyak yang dia hutang kita , tapi , mungkin jugak tu rezeki dia . kadang kadang , baju yang kita pakai sekarang ni pun , belum tentu rezeki kita , mungkin satu hari nanti , baju tu akan hilang ? makanan yang ada dalam perut kita ni pun , belum tentu rezeki kita , mungkin kejap lagi kita akan muntah balik ? kita tak tahu semua tu . semua rezeki kita ditentukan oleh ALLAH :)

and last ~~


8 . Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
-- >>


apa pun , yang paling penting sekali ikhlas keh . maybe mula mula rasa tak ikhlas . tapi insyaAllah , kalau kita usaha untuk beramal , kita akan mula ikhlas . insyaALLAH . 

so , selamat beramal ! :) 




Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

6 comments:

Didi Bee said...

wow..entry yang sngt bagus! suke2! thx ye! ^^

yana :) said...

most wc :) Alhamdulillah ~:)(:

akuamir said...

bagus entry nieh!!
saye follow,, klo sudi terjah la blog 'makeYOUthink' saya,, sntiase terbuke,, :)

9n0L4 said...

sume yg kite buat, klu niat kerana ikut sunnah mmg dpt pahala. kdg² kite aje yg tak sedar ape yg kite buat tu sunnah rasulullah. :)

http://farizafairuz.blogspot.com/2011/11/fattabiouni-basmallah.html

yana :) said...

insyaAllah Amir :) yup , betul tu :)

srikandi cinta said...

alhamdulillah, yang niat bangun tahajjud tu sy setuju

mcm saya sendiri,

sebelum ni saya susah nak terkejut dari tidur, lagi2 nak bangun pukul 2/3 pagi,,

lately, saya selalu niat nak bangun tahajjud , alhamdulillah, mudah sgt bangun ..

lepas bangun, segar badan, tak mengantuk pun..lepas tahajjud blh study lagi..

byk kelebihan tahajjud sebenarnya..

tapi, jangan niat je tahajjud kan, yg pasti buat la tahajjud sekali, ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...