Saturday, December 10

MOON ECLIPSE

tengah tengah lapang ni . rasa macam nak buat post . okeyy , sempena malam ini . macam mana yang telah dimaklumkan , akan terjadi nye gerhana bulan . subhanallah . hebatnya kuasa Allah . sesungguhnya dia Maha mengetahui setiap sesuatu :) 




cakap pasal gerhana kan . macam macam kepercayaan ada bila jadik nye gerhana ni . aku senaraikan contoh dia ye .

masyarakat india 
bila berlakunya gerhana matahari , mereka percaya mereka akan ditimpa bala atau memperoleh sesuatu yang tidak bertuah hinggakan mereka tak nak keluar rumah .

orang cina 
mereka percaya gerhana matahari berlaku disebabkan naga menelan matahari hingga mereka melakukan perarakan menghalau naga dengan harapan matahari dimuntahkan semula agar cahaya menyinari dunia seperti kebiasaannya . 

bangsa melayu 
mereka menggelarkan gerhana bulan sebagai bulan sakit dan gerhana matahari pula terjadi dipercayai kerana matahari sedang marah atau menangis.

masyarakat arab kuno 
mereka percaya bahawa kemunculan gerhana adalah tanda kelahiran atau kematian orang terkenal, tetapi Islam pula memperincikan tabiat bulan dan matahari beredar di atas paksi tersendiri sebagai tanda kebesaran Allah SWT.

kita kena ingat ye . kejadian ini adalah tanda kebesaran Allah SWT .


Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:  
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya
kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka
apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga
kembali terang (hilang gerhana).



“Umat Islam khususnya tidak boleh melihat kejadian alam seperti gerhana itu membawa kepada keburukan atau malapetaka kerana Rasulullah SAW juga menegaskan tidak ada kaitan antara kejadian alam dan bumi."

“Hal itu berlaku ketika Rasulullah SAW kehilangan putera baginda, Ibrahim yang kebetulan berlaku pada waktu gerhana matahari hingga disifatkan ramai orang sebagai tanda kesedihan, namun dibantah oleh baginda,” katanya.

sekian sahaja . hujan sangat lebat . kena off cepat ! Assalamualaikum :)



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

1 comment:

VECASTS - LISTEN ONLINE RADIO WATCHING ONLINE TV said...

VEBCASTS - Listen web Radio Watching web TV, Tv Online. Watch Over 3000 Online TV Channels And 6500 Radio Stations Free For Around In The Wold clik to watching
Listen Hindi radio click ,watching live movie ,live international radio,indo radio.usa radio and more ,LIVE MOVIE ,LIVE SPOTS,LIVE HINDI RADIO ,HINDI MOVIE ,AXN LIVE ,STAR MOVIE LIVE ,MAX CHANNEL LIVE LIVE UNTERNATIONAL RADIO AND TV BROADCASTER
MALAYSIA RADIO ONLINE , UNTUK MENONTON sini lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
MALAYSIA RADIO ONLINE terdapat lebih 180 buah stesen radio online malaysia lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...