Monday, November 7

penantian satu penyeksaan

sungguh benar kate2 tu ! . penantian memang menyeksa kan .

hm , abaikan kenyataan di atas . hee . jiwa aku sedang meraung kesakitan .

hari ni raye korban . semalam korang puase arafah tak ?? haa , sape tak puase . mane boleh raye . hehe . aku pegi rumah ude , pegi rumah pak ngah . senak perut ni , makan macam2 . hehe . sedap2 pulak tu diorang masak . korang nak rase ? meh la sini . :D kat masjid aku ni . 12 ekor lembu dijadikan mangsa korban . banyak sangat tahun ni . Alhamdulillah , semua dah habis . :)

.................................

kadang2 , dalam hidup ni , lain yang kita harapkan , lain yang jadi .....
tu lah dia ketentuan ILAHI  ,
setiap yang berlaku , ada hikmah disebaliknya .
setiap kepahitan yang dilalui, ada kemanisan yang menunggu dibelakangnya.
dan setiap pengorbanan , ada kebahagiaan di pengakhirannya .

hidup tanpa pengorbanan , bukan hidup namanya .

dalam hidup ni jugak ,
semua orang ada pilihan masing masing .
semua orang berhak pilih , yang mana baik dalam hidup dia .
dan tak ada sapa2 pun yang berhak halang kalau pilihan dia itu betul .
tapi.....
sedar tak sedar ,
kadang2 dengan pilihan tu jugak ,
akan ada yang terluka .
walaupun benda tu memang tak diniatkan .

tapi ,
semua kepahitan , keperitan dan kesakitan tu .
tetap diharungi dengan penuh kesabaran dalam dada .
itu yang sepatutnye kan ?
jika pilihan tu baik , kenapa perlu ditolak ??

biarkan mereka dengan keputusan mereka . mungkin itu yang akan mnyenangkan hati mereka .

kadang kadang ALLAH sembunyikan matahari , DIA datangkan hujan petir . kita bersedih dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari , rupa-rupanya ALLAH nak hadiah kan kita pelangi yang indah .



sabar , itu yang terbaik .

Ata’ bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya, “Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?” Jawab Ata, “Bahkan, siapakah perempuan itu ?” Ibnu Abbas berkata, “Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk.” Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, “Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supayaaaaaaaaaaaaaaa engkau pulih segar.” Jawab perempuan itu, “Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat.






Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...