Wednesday, November 9

Bring Quran everywhere , in ur heart , in ur hand .

Assalamualaikum wbt..

bermula fikrah dengan fikir . kerana berfikir , datangnya zikir . bila berzikir , terserlah kebenaran . dan kebenaran itu datangnya dari Al-quran .

jadikan Al-quran , sebagai kitab pertama yang dipegang setiap hari .
jadikan Al-quran , sebagai pegangan hidup sepanjang hayat.
jadikan Al-quran , sebagai penenang hati dikala kesedihan .


Rasulullah SAW bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal  lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata : 'Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata: 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'





ramai antara kita yang lupakan kelebihan Al-quran . ada jugak yang cakap kat saya . ''aku bukan tak nak baca Al-quran , tapi .. bukannye aku faham pun '' . oke kat sini , ade satu kisah yang boleh jelaskan benda ni . korang bace ye .. 



Seorang Muslim tua Amerika bertahan hidup di suatu perkebunan di suatu pegunungan sebelah timur Negara bagian Kentucky dengan cucu lelakinya yg masih muda. Setiap pagi dia bangun lebih awal dan membaca Al-Quran di meja makan didapurnya. Cucu lelakinya ingin sekali menjadi seperti atuknya dan cuba untuk mengikutinya dengan sungguh2.

Suatu hari si cucu bertanya, “Atuk! saya cuba baca Al Qur’an macam yang atuk buat tapi saya tak faham isi isi Al-quran ni , dan apa yang saya faham , saya lupa . Apa sebenarnya kebaikan membaca Al Qur’an?”
Dengan tenang dia meletakkan arang di tempat pemanas sambil berkata, “Bawa raga arang ini ke sungai dan bawa balik ke sini dan penuhkan dengan air.”
kemudian , si cucu melakukan seperti yang disuruh, tapi semua air habis menitis sebelum tiba di depan rumahnya.

si atuk tertawa dan berkata, “Lain kali kamu kena buat dengan cepat lagi,” jadi dia menyuruh cucunya kembali ke sungai dengan raga tersebut untuk dicuba lagi.
Si cucu berlari lebih cepat, tetapi tetap, raga yang dibawanya kosong sebelum ia tiba di depan rumah. Dengan termengah-engah, dia berkata kepada atuknya , mustahil dia boleh bawa air dari sungai dengan raga yang sudah kosong, maka sang cucu mengambil baldi sebagai gantinya.
Si atuk berkata, ” Atuk tak nak satu baldi air, atuk cuma nak satu raga air. usaha kamu kurang cukup,”  atuknya pergi ke luar pintu untuk melihat usaha cucunya .
Cucunya yakin bahwa perkara itu mustahil, tetapi dia tetap nak tunjukkan kepada atukknya, biar dia lari cepat sekali pun, air tetap akan bocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
Sekali lagi si cucu mengambil air ke dalam sungai dan berlari sekuat tenaga menghampiri atuknya, tetapi ketika dia sampai didepan atuknya raga sudah kosong . lagi sekali . 
Sambil termengah-engah dia berkata, ” tengok , sia -sia je atuk !”
atuknya berkata, “Jadi kamu pikir sia sia? cuba kamu tengok raga tu.”
Si cucu menurut, apabila di lihat pada raga tersebut baru dia sedar keadaan raga yang dipegangnya sudah berbeza . raga itu telah berubah dari raga arang tua yang kotor menjadi bersih, luar dalam.
“Cucuku, itulah yang terjadi ketika kamu membaca Al Qur’an. raga itu ibarat hatimu , dan air itu ibarat bacaan Al-quran yang dibaca . hati kamu akan menjadi bersih apabila kamu membacanya dan walaupun kamu tidak faham atau ingat segalanya, tetapi apabila kamu membaca nya lagi, kamu akan berubah, didalam dan diluar dirimu …”


setiap hari , kita tak lari dari buat dosa . setiap satu dosa , akan timbul lah satu titik hitam di hati . tapi , dengan membaca Al-quran . InsyaAllah , titik titik hitam itu akan dibersihkan . mudah mudahann . :)


 Al-quran is our inspiration , " if ALLAH is with you , then whow do you have to fear ? If ALLAH is against you , then what hope that you have ?"




Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...