Wednesday, November 30

wahai smokers ku sayangg ...



wow !

hah . tibe2 je rase nak buat entry pasal smoke . heheh . tadi aku singgah sebentar di restoran kak wan dengan family terchenta . singgah je ke ? hmm , singgah dan makan . heheh

kat situ . penuh dengan kaki lepak lah .. and yang paling aku anti .. ASAP ROKOK . memang majoriti kat situ . semua bertemankan rokok =.=" 



"ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN"

dah lali rasenye aku dengar ayat nih .. korang pun mesti dah selalu dengar kan ? dalam iklan , dalam paper , eh , tak yah tengok yang jauh jauh la . kat kotak rokok tu pun ade lah :p hehe . 

aku dah jumpe ramai member aku yang smoke nih . sedare aku yang perempuan pun ade jugak . and ade yang dah stop , tahniah diucapkan . aku tumpang gumbira . heheh . aku tau , memang susah untuk seorang smokers ni berpisah dari rokok nye ...  ade yang cakap " aku rasa macam orang drug addicted nak stop ambik dadah" *waww !

esh2 , aku tak tau lah macam mane rasenye . tapi aku tau , memang susah . and aku rase la kan . tak patut jugak nak push diorang ni untuk stop rokok . sebab kite tak tau macam mane susah payah nye nak stop kan . atleast kalau diorang dah sedar tu . Alhamdulillah ~ kite ni pun  , takkan tengok je ? tolong la support kan . tak banyak , sikit pun jadi .. :) 

yang tak sedar sedar lagi tu . cuba2 lah bagi sedikit teguran *secara baik ;))


peringatan untuk para smokers :

dalam hidup ni tak ada benda yang senang , kalau tak pernah susah bukan hidup lah namenye . betul kan ? 

so , don't give up kay ? :) maybe susah .

tapi ... ikhlaskan hati untuk berubah dan setiap kesusahan yang korang hadapi tu , insyaAllah dibalas dengan pahala .

oke . rokok ni memang terang2 rasenye . tak ade pekdah pun .. kan ?? keburukan nyee banyak laa . bukan setakat pada si penghisap rokok tu je . 

dengan yang terpakse hisap ASAP rokok sekali dapat keburukan die . haa .. baca nih . 

sabda Rasulullah SAW :
“Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” (Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)

dalam rokok . ada nikotin . semua orang tau kan ? :) kalau tak tau , ni aku kasi tau .

sedikit info :
nikotin 
-sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain .

segala yang memabukkan , termasuk dadah berbahaya diHARAMkan oleh islam .

dalam riwayat yang lain, Ummu Salamah telah berkata, “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

memang lah korang tak mabuk pun hisap rokok tu . tapi dalam BENDA yang korang hisap tu . ada bahan yang memabukkan .
 


kat kotak rokok . banyak gambar macam ni . tapi ,, macam tak de function je kan ? :p

hmm . kadang kadang .

deme yang nak stop rokok ni . oke dah , nak stop . 
but ,, bile ada yang menghulur ...... lain pulak jadinyee =.=" 

bukan sorang yang aku dengar jadi macam tu . boleh dikatakan majoriti . hm , biasa lah kan , benda baik memang SUSAH nak buat .

apabila seseorang itu berusaha melakukan sesuatu perubahan ke arah kebaikan dengan ikhlas . dia sedang berjihad melawan nafsu . dan ingatlah , jihad melawan nafsu itu adalah jihad yang besar *dalam dunia ni , tak ada yang SENANG . 

Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)


sekian saja ~
ps : maaf andai ada yang terasa hati . hanya peringatan untuk kebaikan semua . iAllah :)



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Sunday, November 27

MAAL HIJRAH 1433

assalamualaikum wbt ..

hey ! whats up ?
:)(:  semalam aku pergi kenduri kawen sepupu aku . abg faizal and kak aisyah .
selamat pengantin baru diucapakan . semoga kekal hingga ke anak cucu cicit and .... (lepas cicit ape ?) hee . ape2 saje lah . yang paling penting . semoga sentiasa berada dalam keredhaan dan kerahmatan ALLAH . Amiin ..

haa .. still x lambat lagi rasenye untuk ucapan selamat menyambut maal hijrah 1433 .




tutup buku lama , buka buku baru :D
muhasabah balik diri kita sepanjang tahun lalu . ingat balik dosa dosa yang kita dah buat .
jadikan pengajaran .

semalam adalah pengalaman ,
hari ini bermula sebuah cerita
dan esok adalah anugerah.

pengalaman semalam , jadikan pengajaran untuk mengarang cerita yang indah pada hari esok dan seterusnya . salah silap yang lalu , jadikan pedoman .

semalam adalah sejarah kan ?? haa .

sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan terdorong untuk melakukan kesilapan lampau

hah ! sape yang belajar sejarah . mesti jumpa lah kate2 ni dalam buku teks sekolah tu . kalau tak pernah jumpe tuuu . tak pernah bukak buku sejarah la tu . haha . sejarah .... subjek yang paling aku "suke". suke giler lahh . kalau bace buku sejarah ni , kusyuk sampai... TIDO . bagus kan yana nih ? :pp

oke2 , back to the topic . haa , jadikan kesilapan lampau tu sebagai panduan hidup masa akan datang .
and...
cuba renungkan . hidup ni tak lame pun .
dunia ni ibarat syurga buat orang kafir , and syurga akhirat pulak milik orang mukmin . nak capai syurga akhirat ? kena lah berkorban kat dunia ni ... :) fikir2kan ...

ps : peringatan untuk diriku yang LUPA .

ciao ~





Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Wednesday, November 23

bersendirian tak bermakna keseorangan

assalamualaikum wbt .. 

korang sihat ? lame dah tak jenguk blog . actually , aku baru je balik dari singapore . lawatan kelas . hihi . 

cuti sekolah datang lagii . and kadang2 bosan datang menjenguk diri . hehe . bosan and sunyi sangat . lagi2 dengan masalah2 yang melemahkan aku . tapi takpe . memang susah hadapi dugaan ni . tapi akan terasa indah masa kita tumbuhkan kesabaran dan kesyukuran dalam hati . and sedar itu adalah sebahagian dari cara ALLAH menyayangi hamba NYA :) 

haa , korang pun mesti bosan kan dok umah je ? yang pergi tusyen tu best lah . aku x dpt nk g tusyen ;( tv ? ak x ske . phone ? jarang gne dah . fb ? bosan lah . smer nye tak kne . sunyi ... bosan .. smer ade . hihi . so , akhirnye aku pun ngadap lah blog kesayangan ni . and nak buat perkongsian kepada sesiapa yang sunyi and bosan macam aku . 

bile sunyi . carilah DIA . sesungguhnya DIA sentiasa bersama kita :)


apabila dirimu memerlukan KEKASIH , maka pilihlah ALLAH 
apabila dirimu memerlukan RAKAN , maka pilihlah AL-QURAN 
apabila dirimu memerlukan SOKONGAN , maka bertakwalah kepadaNYA sepenuh hati 

kerana DIAlah penjaga hati yang tak akan pernah hilang , malah akan terus kekal untuk setiap hambaNYA yang memerlukan . 

kasih ILAHI tiada sempadan , tidak memilih sesiapa dan tidak akan berakhir . bersendirian tak bermakna keseorangan .  kerana masih ADA yang memerhati .




bile2 rase sunyi tu . ingat , kite tak keseorangan . Allah sentiasa dengan kite :) ape2 pun jadi . ingat , semua tu ketentuan ALLAH dan terimalah dengan hati yang REDHA .



post kali ni sangat lah simple ak rase . aku tak tahu nak tulis ape sebenarnye tapi tetap nak tulis .. so , aku wat post ni untuk dikongsi same2 :)  

*post ni lebih ditujukan untuk yang menulis ni sebenarnye . hihi . tapi rasenye tak salah share same2 kan ? :) 
thanks for reading 




Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Friday, November 11

don't be sad , Allah always with you

mengapa kau bersedih wahai hati .... mengapa kau menangis wahai diri ...

apakah kau merasakan dunia ini tidak lagi beerti ?
apakah kau meragui kasihnya ILAHI ? mengapa tidak yakin adanya ALLAH bersamamu ?

kadang2 kita tercari cari , meraba dalam kegelapan . tak mengertii ... mengapa ini yang harus aku hadapi ?
adakalanya , kita menanti , bilakah aku akan perolehi apa yang aku harapkan ?
dan kita tertanya tanya , apakah DIA tidak lagi memandang dan mengendahkan diri ini ?

janganlah begitu wahai diri ..... dengarkan apa kata tuhanmu ..


"Hai anak Adam! Sesungguhnya engkau, selama mana kau berdoa dan berharap kepadaKu, aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau, dan aku tidak peduli.
Hai anak Adam! Kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke awan langit, kemudian itu engkau memohon keampunanKu, nescaya aku ampuni bagi engkau.
Hai anak Adam! Sesungguhnya kalau engkau datang kepadaKu dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi ini, kemudian itu engkau menemui Aku, padahal tiada engkau mempersekutukan aku dengan sesuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi" (HR Al-Tirmizi)

mungkin kadang2 kita rasa jauh sangat dari Allah . masa tu , dekat2 kan lah balik diri kita yang hina ni dengan dengan Allah . ingat , Allah sentiasa dengar rintihan hati kita and always ampunkan kita bila kita mintak keampuanan dari DIA dengan seikhlas hati . yang penting sekali . ikhlas kan lah hati ye :)



kadang kadang , bila Allah datangkan kita ujian atau musibah , kita goyah and mula terasa jatuh . hmm , masa tu balik lah kat DIA , DIA yang datangkan segala ujian untuk kita kan ? mengadu semua masalah kita kat DIA , ingat ... *Allah maha mendengar dan maha mengetahui segala-galanya .. 


haa , masa kita kecik2 dulu , bukannye kita lahir terus jalan kan ? betul tak ? mestilah betul , kalau korang cakap tak betul . alien la korang ni . alien pun tak macam korang pe ? hehe . belum pernah lagi aku jumpe baby yang terus jalan lepas baru lahir . pelik sangat lah tu :D

bila dah start besar sikit baru la kita bertatih and start belajar berjalan pulak . betul kan apa aku cakap ni ? hee . oke , masa tu jugak , bukannye kita belajar jalan terus kita dapat jalan ngan lancar kan ? kadang2 tu , mesti kita jatuh . and mak kita always ada , bimbing kita untuk terus usaha berjalan ngan elok . betul kan ? eh , salah , bukan mak sorang je , ayah sekali . hehe .

belajar berjalan tu , diibaratkan macam ujian yang kita dapat , dan bantuan dari parents kita tu pulak diumpamakan seperti kebergantungan kita pada ALLAH . nampak tak ape yang aku nak cakap ni ? hope korang faham la ye :) kita ni hamba je kat muka bumi ni . jangan ingat kita boleh hidup sendiri tanpa DIA . DIA yang menentukan hidup kita . ingat tu .... :)

kadang kadang jugak , bila datangnya masalah , kita lupa , lupa pada sang pencipta yang menguji hambaNYA sebagai tanda Dia sayangkan kita .

hmm , memang kadang aku ni pun lupa,
Allah uji hamba DIA mengikut kemampuan masing masing and Allah uji kita , tanda DIA sangat sayangkan kita . 
kadang kadang , dengan ujian dan masalah yang Allah bagi kat kita tu jugak , kita akan belajar untuk jadi lagi kuat dan matang . bukan ke masalah mematangkan fikiran ? mungkin kita ada buat silap kat mana2 , muhasabah balik diri kita . betulkan balik kesilapan yang kita dah buat .


Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat , tapi Allah turunkan pada kita pelbagai dugaan,
kadang-kadang kita minta untuk cerdik tapi Allah datangkan masalah pada kita
kadang-kadang kita minta untuk bahagia tapi hura-hara pula yang terjadi…
 Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah…

hebat nya ALLAH . semua ada hikmah
tahukah kita , kadang2 Allah melambatkan permintaan kita kat dia sebab dia suka kan suara kita meminta kat DIA . cube baca hadis ni .


“Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya) -Diriwayatkan oleh Anas bin Malik

fikir-fikirkan lah yee :) guna otak untuk berfikir . otak ade , jangan sia siakan . oke ? guna OTAK untuk FIKIR . macam yang aku cakap dalam post aku sebelum ni . tak bace lagi ?? haa , boleh tengok kat sini

memang tak ada sorang manusia pun kat bumi Allah ni yang sempurna . tak ada . tapi , tak semestinya kita tak kuat nak hadapi sesuatu ujian kan ? and tak semestinye jugak kita tak boleh jadi yang lebih baik dari yang sebelumnya kan ? mungkin untuk melakukan sesuatu perubahan dari kesilapan lampau tu , susah , tapi , yakin lah pada ALLAH , tempat kita bergantung segala-galanya . and masa kita nak buat perubahan tu jugak dinamakan ujian :)

kuatkan hati , yakinlah pada DIA . 

InsyaAllah kita akan jumpa jalan penyelesaian setiap masalah kita . 

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman.." (Al-Imran:139)



ps :
aku takde la hebat nak wat post best2 ni , tapi yang ni yang datang dari aku , hope korang boleh faham ape yg aku nak sampaikan , and kalau ade yg salah , tegurlah ye . peringatan itu memang sangat diperlukan :) tq



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Wednesday, November 9

Bring Quran everywhere , in ur heart , in ur hand .

Assalamualaikum wbt..

bermula fikrah dengan fikir . kerana berfikir , datangnya zikir . bila berzikir , terserlah kebenaran . dan kebenaran itu datangnya dari Al-quran .

jadikan Al-quran , sebagai kitab pertama yang dipegang setiap hari .
jadikan Al-quran , sebagai pegangan hidup sepanjang hayat.
jadikan Al-quran , sebagai penenang hati dikala kesedihan .


Rasulullah SAW bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal  lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata : 'Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata: 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'





ramai antara kita yang lupakan kelebihan Al-quran . ada jugak yang cakap kat saya . ''aku bukan tak nak baca Al-quran , tapi .. bukannye aku faham pun '' . oke kat sini , ade satu kisah yang boleh jelaskan benda ni . korang bace ye .. 



Seorang Muslim tua Amerika bertahan hidup di suatu perkebunan di suatu pegunungan sebelah timur Negara bagian Kentucky dengan cucu lelakinya yg masih muda. Setiap pagi dia bangun lebih awal dan membaca Al-Quran di meja makan didapurnya. Cucu lelakinya ingin sekali menjadi seperti atuknya dan cuba untuk mengikutinya dengan sungguh2.

Suatu hari si cucu bertanya, “Atuk! saya cuba baca Al Qur’an macam yang atuk buat tapi saya tak faham isi isi Al-quran ni , dan apa yang saya faham , saya lupa . Apa sebenarnya kebaikan membaca Al Qur’an?”
Dengan tenang dia meletakkan arang di tempat pemanas sambil berkata, “Bawa raga arang ini ke sungai dan bawa balik ke sini dan penuhkan dengan air.”
kemudian , si cucu melakukan seperti yang disuruh, tapi semua air habis menitis sebelum tiba di depan rumahnya.

si atuk tertawa dan berkata, “Lain kali kamu kena buat dengan cepat lagi,” jadi dia menyuruh cucunya kembali ke sungai dengan raga tersebut untuk dicuba lagi.
Si cucu berlari lebih cepat, tetapi tetap, raga yang dibawanya kosong sebelum ia tiba di depan rumah. Dengan termengah-engah, dia berkata kepada atuknya , mustahil dia boleh bawa air dari sungai dengan raga yang sudah kosong, maka sang cucu mengambil baldi sebagai gantinya.
Si atuk berkata, ” Atuk tak nak satu baldi air, atuk cuma nak satu raga air. usaha kamu kurang cukup,”  atuknya pergi ke luar pintu untuk melihat usaha cucunya .
Cucunya yakin bahwa perkara itu mustahil, tetapi dia tetap nak tunjukkan kepada atukknya, biar dia lari cepat sekali pun, air tetap akan bocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
Sekali lagi si cucu mengambil air ke dalam sungai dan berlari sekuat tenaga menghampiri atuknya, tetapi ketika dia sampai didepan atuknya raga sudah kosong . lagi sekali . 
Sambil termengah-engah dia berkata, ” tengok , sia -sia je atuk !”
atuknya berkata, “Jadi kamu pikir sia sia? cuba kamu tengok raga tu.”
Si cucu menurut, apabila di lihat pada raga tersebut baru dia sedar keadaan raga yang dipegangnya sudah berbeza . raga itu telah berubah dari raga arang tua yang kotor menjadi bersih, luar dalam.
“Cucuku, itulah yang terjadi ketika kamu membaca Al Qur’an. raga itu ibarat hatimu , dan air itu ibarat bacaan Al-quran yang dibaca . hati kamu akan menjadi bersih apabila kamu membacanya dan walaupun kamu tidak faham atau ingat segalanya, tetapi apabila kamu membaca nya lagi, kamu akan berubah, didalam dan diluar dirimu …”


setiap hari , kita tak lari dari buat dosa . setiap satu dosa , akan timbul lah satu titik hitam di hati . tapi , dengan membaca Al-quran . InsyaAllah , titik titik hitam itu akan dibersihkan . mudah mudahann . :)


 Al-quran is our inspiration , " if ALLAH is with you , then whow do you have to fear ? If ALLAH is against you , then what hope that you have ?"




Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Monday, November 7

menarik

assalamualaikum wbt....

sedang2 merayau ke blog orang .
tergerak hati , nak bukak satu tumblr ni . dan saya terjumpa somethingg yang menarik .
benda ni memang sangat kerap jadi dalam hidup seharian kita . ape dia ?

sebelum tu , saya nak share dulu ape yang saya jumpa tadi .

komen seorang hamba Allah :


 jawapan seorang muslimah :



hm , rase2  dapat tak message kat sini . sangat selalu benda2 macam ni jadi . 'eh , harap je tdg labuh , tapi ngumpat' , 'muka warak , tapi bukan baik sangat' , 'harap je belajar tinggi , tapi perangai macam hampeh' dan macammacam lagi lah .

sedar tak sedar , kadang2 benda2 yang kita umpat kat orang tu , akan datang kat kita balik . kita jugak tak lari dari kesilapan kan ?

selalu kita dengar , hidup ibarat roda . hmm, kadang2 kita kat atas , tapi tak semestinya , kita akan sentiasa kat atas kan ? adakalanya , kita akan jatuh jugak. orang yang berjaya pun , dapat kejayaan lepas berkali kali jatuh . betul tak ? kadang2 jugak setiap apa yang kita umpat orang tu . akan berlaku balik dalam diri kita . satu jari kita tunjuk kat orang , 3 jari akan patah balik kat kita kan? setuju ??

saya sendiri tak lari dari kesilapan ni , memang dalam hidup kita ni , PERINGATAN dan TEGURAN itu perlu . mungkin adakalanya . cara menegur tu salah . tapi apa yang perlu dilihat ? apa yang ditegur atau siapa yang menegur atau cara dia menegur ? dalam hidup ni masing masing ada pilihan kan ? jadi , pilih lah yang terbaik untuk diri sendiri .

untuk apa dilihat pada siapa yang menegur , semua manusia , sama . tak ada yang sempurna ..
untuk apa dilihat pada cara dia menegur , dia juga melakukan kekhilafan sama seperti kita ...
lihatlah pada apa yang ditegur , demi kebaikan kita dan si penegur . itu yang terbaik . kan ?

biarlah DIA yang menilai segala-galanya , sesungguhnya kita hanyalah hamba , hamba yang tak lari dari kesilapan . hatta seorang ustaz/ustazah sekali pun . mereka juga sama seperti yang lain . tidak sempurna , dan melakukan kesilapan . 



*ALLAH lebih mengetahui ..


Allah menjadikan manusia tidak sempurna supaya kesempurnaan dan kemuliaan itu adalah milik NYA semata .. dan menyedarkan manusia bahawa sesungguhnya kita yang bergelar makhluk amat dan terlalu memerlukan Allah . 

Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

penantian satu penyeksaan

sungguh benar kate2 tu ! . penantian memang menyeksa kan .

hm , abaikan kenyataan di atas . hee . jiwa aku sedang meraung kesakitan .

hari ni raye korban . semalam korang puase arafah tak ?? haa , sape tak puase . mane boleh raye . hehe . aku pegi rumah ude , pegi rumah pak ngah . senak perut ni , makan macam2 . hehe . sedap2 pulak tu diorang masak . korang nak rase ? meh la sini . :D kat masjid aku ni . 12 ekor lembu dijadikan mangsa korban . banyak sangat tahun ni . Alhamdulillah , semua dah habis . :)

.................................

kadang2 , dalam hidup ni , lain yang kita harapkan , lain yang jadi .....
tu lah dia ketentuan ILAHI  ,
setiap yang berlaku , ada hikmah disebaliknya .
setiap kepahitan yang dilalui, ada kemanisan yang menunggu dibelakangnya.
dan setiap pengorbanan , ada kebahagiaan di pengakhirannya .

hidup tanpa pengorbanan , bukan hidup namanya .

dalam hidup ni jugak ,
semua orang ada pilihan masing masing .
semua orang berhak pilih , yang mana baik dalam hidup dia .
dan tak ada sapa2 pun yang berhak halang kalau pilihan dia itu betul .
tapi.....
sedar tak sedar ,
kadang2 dengan pilihan tu jugak ,
akan ada yang terluka .
walaupun benda tu memang tak diniatkan .

tapi ,
semua kepahitan , keperitan dan kesakitan tu .
tetap diharungi dengan penuh kesabaran dalam dada .
itu yang sepatutnye kan ?
jika pilihan tu baik , kenapa perlu ditolak ??

biarkan mereka dengan keputusan mereka . mungkin itu yang akan mnyenangkan hati mereka .

kadang kadang ALLAH sembunyikan matahari , DIA datangkan hujan petir . kita bersedih dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari , rupa-rupanya ALLAH nak hadiah kan kita pelangi yang indah .



sabar , itu yang terbaik .

Ata’ bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya, “Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?” Jawab Ata, “Bahkan, siapakah perempuan itu ?” Ibnu Abbas berkata, “Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk.” Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, “Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supayaaaaaaaaaaaaaaa engkau pulih segar.” Jawab perempuan itu, “Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat.






Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...