masyarakat india
bila berlakunya gerhana matahari , mereka percaya mereka akan ditimpa bala atau memperoleh sesuatu yang tidak bertuah hinggakan mereka tak nak keluar rumah .
orang cina
mereka percaya gerhana matahari berlaku disebabkan naga menelan matahari hingga mereka melakukan perarakan menghalau naga dengan harapan matahari dimuntahkan semula agar cahaya menyinari dunia seperti kebiasaannya .
bangsa melayu
mereka menggelarkan gerhana bulan sebagai bulan sakit dan gerhana matahari pula terjadi dipercayai kerana matahari sedang marah atau menangis.
masyarakat arab kuno
mereka percaya bahawa kemunculan gerhana adalah tanda kelahiran atau kematian orang terkenal, tetapi Islam pula memperincikan tabiat bulan dan matahari beredar di atas paksi tersendiri sebagai tanda kebesaran Allah SWT.
kita kena ingat ye . kejadian ini adalah tanda kebesaran Allah SWT .
Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya
kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka
apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga
kembali terang (hilang gerhana).
“Umat Islam khususnya tidak boleh melihat kejadian alam seperti gerhana itu membawa kepada keburukan atau malapetaka kerana Rasulullah SAW juga menegaskan tidak ada kaitan antara kejadian alam dan bumi."
“Hal itu berlaku ketika Rasulullah SAW kehilangan putera baginda, Ibrahim yang kebetulan berlaku pada waktu gerhana matahari hingga disifatkan ramai orang sebagai tanda kesedihan, namun dibantah oleh baginda,” katanya.
sekian sahaja . hujan sangat lebat . kena off cepat ! Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment