Wednesday, December 28

wordlesswednesday#2 : put your trust in HIM


Bismillahirrahmanirrahim ~

In the name of Allah . The Most Gracious and The Most Merciful . 



(: Allah Maha Mengetahui :)


kids are cute ! <3 




"wordless wednesday : tiada kata , hanya gambar bercerita .."


Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Saturday, December 24

berhiburlah , tetapi ..

Bismillahirrahmanirrahim ~

In The Name of Allah , The Most gracious and The Most Merciful 

salam :)

aku nak sambung entry semalam . entry pasal apa ? tak baca lagi ye ? baca kat sini kay .. :) 


love this :)
ouh , i love natures :))
okay . aku nak korang berfikir kejap . 

setiap apa yang kita buat , ada garis panduan dia . sedar tak sedar , kat mana mana pun kita , kita sebenarnya terikat dengan peraturan . tak percaya ? okay okay . 

setiap kali kita nak keluar , kita mesti pakai baju . ke korang ada yang bogel ? kalau ada , sah , gila ! . hehe . 

setiap orang yang pergi club , tak ada yang pakai jubah . semua pakai rugged and sexy segala macam kan ? kalau ada orang pakai jubah masuk club . memang aku jamin , dia orang yang paling menarik perhatian kat situ , perempuan yang sexy-2 pun tak boleh lawan dia :pp

setiap kali nak makan , kita mesti guna bekas or pinggan or mangkuk or what ever lah , janji boleh letak makanan kan . ada ke yang letak makanan kat atas tangan je ? ambil semua nasi dengan lauk , letak kat tangan . macam tu ? tak ada kan ? hehe

dan banyak lagi lah yang kita tak sedar . kalau lah hidup tak ada peraturan , cuba bayangkan dunia ni macam mana ? 

korang semua boleh fikir sendiri kan ? so , fikir-2 kan kay . :))

dan peraturan yang paling baik ialah peraturan yang dah ditetapkan dalam agama islam . sebab setiap apa yang islam ajar , ada hikmah yang kita sendiri tak tahu . sebab apa ? sebab peraturan-2 tu datang dari ALLAH . ALLAH maha besar dan maha mengetahui segala sesuatu  :)


he's really cute :)  


so , dalam berhibur berhibur pun . ada peraturan dia , ada batas dia . 



1- muzik , lagu dan skrip  


-- > tak ada perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah 

-- > macam menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, memperlekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

contoh yang aku boleh bagi la kan . 

berkait dengan lagu ... korang cuba dengar lagu bruno mars yang baru baru ni . it will rain . 




haa , cuba baca lirik dia betul-2 . ada satu part tu , dia cakap , there's no religion can save me . lagu ni dah bertentangan dengan agama islam . 


and ada jugak dalam satu cerita ni , cerita hantu bonceng , tengok kan ? tau tak pasal syahadah tu ? tak tau ? boleh tengok video ni pulak . dengar lah pasal zizan tanya ustaz azhar . best ! :)




*yang ni berkaitan dengan skrip lakonan lah kan . 

banyak lagi kalau nak bagi contoh . lady gaga , agnes monica . maybe korang sendiri pun dah tahu kan ?



2- persembahan 

-- > tak melebih-lebih sampai hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya. 

kalau dah jadik macam tu , dia akan jadi perkara yang lagha dan sia-sia.  

so , benda ni hendaklah dijauhi

maksud firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qasas ayat 55 :
" Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.. "

*selalu kan jadi , bila tengok tv ke . main fb ke . sampai solat pun lambat ? sama-2 muhasabah balik :)





3- ikhtilath 

-- > tak ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

*dah banyak jadi pun pergaulan bebas ni kan ? hmm .


4- persembahan lelaki dan perempuan 

-- > kalau penontonnya lelaki dan perempuan . yang membuat tu persembahan tu , mestilah dari kalangan lelaki . 

-- > kalau tempat tu tertutup dan semua yang ada adalah perempuan , maka dibolehkan persembahan tu dilakukan dari kalangan perempuan . ni semua , untuk mengelak fitnah dan punca kerosakan dari suara perempuan dan pergerakan manja dan mengghairahkan 


Rasulullah SAW juga bersabda :

Daripada Abu Malik al-Asy'ari daripada Nabi saw bersabda; Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan khinzir. (hadis riwayat ibnu majah)

nauzubillah . 


5- Penyanyi
-- > orang yang membuat persembahan dan penonton hendak lah menjaga aurat , tak melakukan gerak badan yang memberahikan walaupun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik . jika tidak juga dijaga kedua dua itu , maka ia tetap menjadi haram .


Sabda Nabi s.a.w. :

Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang seolah telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.(hadis riwayat Muslim)
tak cium bau syurga ? *nauzubillah . mintak dijauhkan dari kita . Amin . 




and lagi satu 

Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul , maka terlebih teruk dari itu apabila disertai dengan pergerakan yang gemalai dan membawa kepada fitnah.

ps : semoga kita semua semua sentiasa berada dalam petunjuk dan pimpinan Allah s.w.t. Amiin :)






Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Friday, December 23

enjoy , enjoy jugak . tapi ....

Bismillahirrahmanirrahim ~

In The Name of ALLAH , The Most Gracious and The Most Merciful 

salam untuk semua sahabat :)

22.Disember.2011 yang lalu dah jadi sejarah untuk semua pelajar pelajar yang telah menduduki PMR . tahniah buat korang yang dah dapat result bagus bagus . Alhamdulillah . berterima kasih lah kepada DIA , kerana semua rezeki itu datang dariNYA . and kepada sesiapa yang tak dapat keputusan cemerlang . jangan sedih , jangan give up . muhasabah balik . mungkin kita still belum cukup usaha . mungkin jugak niat untuk kita belajar salah . betul tak ? ingat ye sahabat , niat tu sangat dan sangat lah penting , niat lah belajar kerana ALLAH . sebab semua ilmu yang kita tuntut ni , semuanya ilmu ALLAH :) tapi bukan dalam belajar je nawaitu kerana Allah . semua perkara kita kena buat kerana Allah . that's the best :) *reminder for myself  ~~

hmm , dah usaha ? tak dapat cemerlang jugak ? takpe2 ~don't be sad . Allah tengah menguji kesabaran awak tu .. :) setiap apa yang DIA rancang . ada hikmahnya . yakin lah dengan ketentuan DIA okay ? :)

next year aku pulak nak SPM . doa doakan aku dan semua sahabat aku dapat keputusan cemerlang belake ye . insyaALLAH  :)

hari ni , aku nak cakap pasal ..

hiburan , sapa tak suka hiburan ? aku ? mestila suka . tipu tak suka . tapi dalam berhibur ni . ada jugak pantang larang dia . ada jugak syarat syarat dia . ada had dia . okay ?




apa tujuan utama manusia dicipta oleh ALLAH swt ?

firman Allah :
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"
Az-Zariyyat : 56

jelas kan ayat tu ?


tapi , islam tak halang pun kalau kita nak berhibur . Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur dan berseni macam dengar lagu , bunyi apa2 ke or tarian ke ,,,  asalkan hiburan tu tak langgar hukum-hukum syarak . indah kan islam ? dia tak halang pun fitrah kita . tapi , tetap ada batas batas dia . korang percayalah . setiap batas yang ditetapkan tu , sebenarnya semua ada kebaikan yang kita sendiri tak nampak . 

walau pun kita berhibur , tapi jangan lupa tanggungjawab besar kita kepada ALLAH dan AGAMA 

syaitan selalunya akan mengambil kesempatan untuk sesatkan manusia . 

Allah berfirman :
"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang bertujuan menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan"
surah Al-Luqman : 6 

kadang2 , kalau pergi konsert . mesti ada kan orang yang menari menari ni . seni tarian ni dah mula sejak zaman jahiliyah lagi . tapi , apa pandangan syarak tentang seni tarian ni ? hmm ??

ni fatwa yang aku jumpa dalam satu artikel .  tapi dalam bahasa arab . cuba la baca ~
Fataawa Al-Azhar, kita akan mendapati keterangan-keterangan seperti berikut:

لا يرضى عن الألعاب التى تثير الشهوة وتحدث الفتنة ، كرياضة الرقص من النساء حين تعرض على الجماهير

كما أن الرجل الذى يرقص مع امرأته على مرأى من الناس مرتكب لهذا الأثم ولهذه المعصية وفاسق بذلك ظالم لنفسه مجترىء على ربه مستحق للعقوبة المذكورة

وهذه قضايا معلومة بداهة من الدين لا تحتاج إلى إقامة برهان عليها ومن يرضى بها سواء أكان حاضرا وقت ارتكابها أم لم يكن حاضرا آثم كذلك لأن الرضا بالمعصية معصية كما أن الرضا بالكفر كفر

faham ? 

tak ? aku pun tak faham , saja je nak letak ayat tu . hehe :p
takpe2 , kita baca apa sebenarnya kandungan ayat tu .

Antara kandungan yang dapat disimpulkan 

1. Pergerakan dan permainan perempuan yang terbuka kepada khalayak boleh menimbulkan fitnah dan hukumnya haram. 
-- > aku rasa benda ni dah jadi kebiasaan dah pun kan ? konsert , clubbing , and macam macam lah . malas pulak aku nak senaraikan . korang pun tau kan ? ........ dan hukum dia HARAM . 

2. Perempuan haram menari walaupun dengan suaminya sendiri dikhalayak ramai dan termasuk didalam kumpulan yang melakukan dosa.
-- > macam sehati berdansa tu , tak boleh jugak la . aku usha jugak sehati berdansa tu . memang diorang pakai , ada inner kalu yang nipis nipis tu . tapi kan , masih tak tutup aurat . dah dapat dua saham . first 'bergelek gelek' depan orang *bergelek dengan menari , same je kan ? :pp hehe and second dosa tak tutup aurat . ish2 . nauzubillah . moga dijauhkan dari kita dan keluarga kita ye :) 

3. Keadaan seperti ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak memerlukan kepada dalil yang jelas bahkan ia boleh difikirkan secara akal sahaja.
-- > masing masing ada akal . kan ? so , boleh fikir sendiri ~

4. Sesiapa yang meredhai perbuatan tersebut samada hadir ataupun tidak maka ia adalah maksiat.
-- > sedar tak sedar , kita yang just tengok dan tak cegah pun benda ni , dapat saham jugak sebenarnya . =.='' 

selemah lemah iman ialah mencegah dengan hati ~~

Rasulullah s.a.w. :

"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."
(hadith Riwayat Muslim)

tapi , nak ke kita "selemah lemah" iman ? tepuk dada masing masing , tanyalah pada iman *termasuk aku ~ hmm . 

okay , tu pasal tarian . lepas ni , aku nak bagi pulak pasal hiburan yang dibenarkan oleh syarak . apa dia ? korang tunggu post lepas ni eh . 

insyaALLAH aku akan buat secepat mungkin . tunggu tau ~ hiburan ni merata rata dan sebagai umat islam . penting untuk kita ambil tahu . ini bukan benda untuk main main je kan .   

benda ni sangat penting . sebab zaman moden sekarang ni , hiburan merata rata . dan kadang2 kita terlalu leka dengan hiburan sampai kewajipan pun ditinggalkan . tapi , korang tak macam tu kan ? insyaALLAH 




ps : moga ALLAH melindungi semua kaum muslimin dan muslimat dari kelekaan dengan dunia yang kepalsuan , kelekaan bermain dengan kematian , kelekaan kejar mengejar karun kerugian dan kelekaan bersama manusia bukan insan . Amiin .  

pss : peringatan yag dituju buat diri sendiri juga :) 

please wait for the next entry okay ? :) and be patient :)(:


Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Tuesday, December 20

Tidur yang mendapat pahala

Bismillahirrahmanirrahim ~

In The Name of Allah , The Most Gracious and The Most Merciful 

salam . apa khabar iman ? sihat kah ? :) 


mood nak buat post hilang sekejap sekarang ni , mood aku dah bertukar arah . hmm .. tapi hari ini , ku gagahi juga jari jemari ini untuk menari nari di papan kekunci . hahaha . bajet macam susah sangat lah nak taip nye pun ~~

apa2 pun , korang baca ye :) kita share same same . hehe . 

sangat cute :)) 


okay , aku nak berbicara tentang TIDUR . tau tak tidur tu apa ? tak tau ?? tak payah nak tipu la . budak 5 tahun pun tau tidur tu apa . okay , sesiapa yang tidur mengikut sunnah nabi , tidurnya dikira sebagai IBADAH :)

ganjaran untuk orang yang amalkan sunnah ni , sangat besar ~


Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

kalau kita just tidur selama bertahun tahun tanpa amalkan sunnah nabi . kita just akan dapat kerehatan . hanya kerehatan . kalau bernasib baik , mungkin kita dapat kumpul berkilo kilo tahi mata or berliter liter air liur basi -.-'  


rugi kalau tak amalkan sunnah nabi . jom samasama mula amalkan :)

antara sunnah sunnah Nabi saw sebelum , ketika dan selepas tidur 


1 . baca doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur . 
-- > Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga. waw ! kehilangan kata ~ 


2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. 
-- >Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. simple je ni .. takkan tak boleh buat kan ? :)


3 . Membaca Tasbih Fatimah . 
-- > Tasbih Fatimah? macam mana ? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali. just spend ur 5 minutes :) kalau menyanyi nyanyi kita boleh , tasbih yang sekejap ni tak kan tak boleh kot ? kan ? :)

Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid.

haa , korang just baca for 5 minutes jee , mati syahid tu . syurga bayaran dia . tak nak ?? hmm ~ okay , teruskan ..


4 . Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun)
-- >tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
-- >then , baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali.

Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5 . Niat untuk bangun Tahajjud.
-- > Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

tapi niat dengan penuh tekad la ye . jangan la buat sambil lewa je pulak . *ALLAH maha mengetahui setiap sesuatu :)


6 . Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
-- > kadang kadang memang rasa malas kan ? tapi ingat lah ganjaran ganjaran dia . ikhlaskan hati yup ! hehe


7 . Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. 
-- > walaupun mungkin susah nak maafkan salah seseorang , tapi ingat ~ manusia tak ada yang sempurna , semua tak lari dari buat kesalahan , kita pun macam tu kan ? :)

dan biar Allah sahaja yang balas kesalahan dia yepp :)

-- > hutang ~ yep , mungkin banyak yang dia hutang kita , tapi , mungkin jugak tu rezeki dia . kadang kadang , baju yang kita pakai sekarang ni pun , belum tentu rezeki kita , mungkin satu hari nanti , baju tu akan hilang ? makanan yang ada dalam perut kita ni pun , belum tentu rezeki kita , mungkin kejap lagi kita akan muntah balik ? kita tak tahu semua tu . semua rezeki kita ditentukan oleh ALLAH :)

and last ~~


8 . Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
-- >>


apa pun , yang paling penting sekali ikhlas keh . maybe mula mula rasa tak ikhlas . tapi insyaAllah , kalau kita usaha untuk beramal , kita akan mula ikhlas . insyaALLAH . 

so , selamat beramal ! :) 




Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Saturday, December 17

kejaiban


Bismillahirrahmanirrahim ~

In The Name of Allah , The Most Gracious and The Most Merciful 

salam semua :)(:

okey . aku ade sebut nak share kat korang satu kisah pasal bismillah kan . bila ? ni haa . dalam post Perbezaan Syaitan tuu . belum baca ? haa , baca la yang tu sekali ye . 


cerita ni , mungkin ramai yang dah tau . aku pun dah lama tau cerita ni . kepada yang dah tau . baca jela lagi . tak rugi pun . manusia memang kena remind selalu :)

kepada yang tak tahu .. apa lagi ? baca laa ~ hehe


 


"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."





so , faham kan ? 

samasama lah kita cuba amal kan . aku pun selalu lupa benda ni . ini lebih kepada untuk remind diri aku sendiri sebenarnya . tapi lagi best kalau share kan :))

sini ade lagi kisah teladan ... click here 

ps : start ur day with BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM and end it with ALHAMDULILLAH .



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

HARAM sambut hari lahir .....


Bismillahirrahmanirrahim ~

In The Name of Allah , The Most Gracious and The Most Merciful 

salam to all the readers :)

eh , haram ke sambut hari lahir ? 

tak ada lah . tak haram pun . cuma cara kita menyambut hari lahir boleh jadikan sambutan tu haram . sambutan yang macam mana ? .......

nak tau ??
okey . teruskan membaca :)(:


selamat hari lahir kepada sapesape yang birthday dia hari ni :)

hm , sambut birthday dalam islam ni . tak haram .

Rasulullah sendiri berpuasa setiap hari isnin untuk memperingati hari lahirnya . dan kita sendiri menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah every years pada 12 rabiulawal . betul kan ? :)

sambut birthday ni sangat baik sebenarnya . tau kenapa ?

sebab dengan sambut birthday ni , kita dapat mengingati semua nikmat yang Allah dah bagi kat kita and kita sambut hari lahir jugak adalah salah satu cara kita bersyukur sebab Allah menjadikan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat :) *Alhamdulillah ~

tapi ..

kalau cara kita sambut dengan tak mengikuti syarak macam adakan tarian , karaoke , menari , konsert , bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya.

perkara ni jelas menjadi haram.

haa , ramai yang tertanya . ramai yang tak sure dengan satu benda ni .
boleh ke kita sambut birthday dengan lilin and lagu birthday ?


hadis Nabi Muhammad saw , maksudnya :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”


jelas tak ?

sambutan dengan lilin and lagu birthday tu , bukan datang dari agama islam tapi datangnya dari agama kristian . betul kan ??

maka dengan itu ....... :)


Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam.


agama Islam ajar kita sambut hari lahir dengan adakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk eratkan silaturahim antara satu sama lain .


masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan



ps : just a reminder kepada yang lupa and a new knowledge kepada yang tak tahu :)



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Friday, December 16

perbezaan syaitan orang mukmin dan syaitan orang kafir

Bismillahirrahmanirrahim ~

In The Name Allah , The Most Gracious and The Most Merciful 

salam semua .

aku baru baca pasal kisah ni . benda ni memang semua dah sedia maklum rasanya . tapi , yelah ~ manusia perlukan peringatan kan :) okeh , jom start baca ni .


suatu hari syaitan orang mukmin bertemu dengan syaitan orang kafir .


syaitan bagi orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju cantik manakala syaitan bagi orang mukmin kurus, kering, kusut, dan tidak berpakaian.


eh , kenapa macam tu . haa , baca perbualan deme eh .


syaitan(kafir) : (berjalan dalam keadaan yang sangatsangat bahagia , perut kenyang , baju cantik dan badan pun rapi ) " eh , kenapa kau kurus sangat ni . mana pakaian kau dan kenapa rambut kau kusut . aku tengok kau nampak tak terurus langsung . "


syaitan(mukmin) : (veryvery sad face) " aku jadi macam ni sebab orang mukmin selalu berzikir dan membaca bismillah menyebut nama Allah . Ketika dia nak makan dan minum dia membaca Bismillah menyebut nama Allah , lalu aku terus rasa lapar dan haus . Ketika dia memakai minyak rambut dia menyebut nama Allah, lalu rambut aku terus menjadi kusut . Dan ketika dia pakai baju dia juga menyebut nama Allah menyebabkan aku bogel . "





syaitan(kafir) : " oohh macam tu . aku pulak . rasa seronok sangat sebab orang kafir tak buat semua benda yang kau cakap tadi . dia tak pernah menyebut nama Allah . ketika dia nak makan , aku boleh ikut makan bersamanya sehingga puas . bila dia minum , aku juga boleh minum sekali . ketika dia memakai minyak rambut dan pakaian . rambut aku turut diminyakkan dan aku juga dapat memakai pakaian . "



HOHOHO .

macam mana ? baca bismillah tak kalau buat apa apa ?

sebab tu islam sediakan doa doa harian untuk umat islam . setiap apa yang islam ajar mesti ada hikmahnya . see ? indahnya Islam :')




ps : samasama kita cuba istiqamah untuk baca bismillah atau doa(lebih baik) setiap kali buat something , tapi jangan pulak nak mencuri dengan menipu pun baca doa . no no ! jangan buat macam tu keh :)


orite , post ringkas sahaja , cakap pasal bismillah ni , ada satu kisah pasal ni , tapi , lain kali aku share pulak lah . nak tau kisah dia ? nantikan di masa akan datang . insyaALLAH . hehe :))






Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Thursday, December 15

kenapa kena maki balik ?


Bismillahirrahmanirrahim~

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful 

baca ~~


okey , dah baca semua ? marah kan ? and rasa sangat benci ? betul ? 

tahniah ! kerana anda masih berada di kalangan orang yang masih mengambil berat tentang ISLAM *Alhamdulillah . 

aku pun benci sangatsangat dengan perbuatan tengku sophia ni . sangat benci . sebab dia hina Allah , dia hina Rasulullah . 

tapi kan , bila aku buka twitter dia ni . orangorang islam yang reply kat situ . semua dok maki dia balik . and aku sangat yakin . korang yang baca ni pun mesti ada yang memaki maki dalam hati sekarang kan ? rilex2 , eh , bukan aku suruh rilex and buang rasa benci dengan benda yang tengku ni buat . bukan bukan . just . baca kisah ni dulu okay . 


Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada seorang pengemis Yahudi Buta, dari hari ke hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata 

“Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”.

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi Buta itu.

okayokay . stop jap . nampak tak ? ada tak Rasulullah maki dia balik ?? tak kan .. malah , Rasulullah buat baik pulak kat dia . MasyaAllah . cantik betul akhlak Rasulullah :') 


Rasulullah adalah contoh teladan paling baik untuk kita semua :) okay , sambung ...

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”, 

Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abubakar r.a. “Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi Buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abubakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. “Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW”.

Setelah mendengar cerita Abubakar r.a. pengemis itu terkejut lalu menangis sambil berkata, “benarkah demikian? selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia malah mendatangiku dengan membawakan makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. ” isaknya. Pengemis Yahudi Buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

nampak tak ? Hidayah itu milik Allah . diorang yang hina islam ni , tak dapat hidayah Allah , sebab tu depe berani nak maki maki islam . sebab depe tak tahu and tak rasa betapa indahnya islam ni sebenarnya .

and tengok apa yang dia cakap last sekali tadi ? "thanks to all my fans in Malaysia"

cuba korang fikir . tak ke sia sia je layan dia ni ? hati dia tak terasa langsung pun . siap cakap thanks lagi . and aku ada baca dia tulis . bunyi lebih kurang macam ni la . "islam ni gila ke ? ada banyak notifications aku . islam gila ." dia ade sebut berapa notifications dia . tapi aku tak ingat yang pasti dah beribu beriban dah . for sure .

 ingat , hati manusia Allah yang control . Allah yang bolak balikkan hati kita ni . apa function kita nak caci dia ? tak ada pun . yang si penganut penganut islam asyik cakap . "moga kau diseksa Allah " , ''moga kena bencana" , "kau laknat " , " betina tak guna " dan banyak sangatsangat .

aku nak korang fikir lagi sekali . kalau kita asyik caci caci dia macam tu . kita dah tunjuk imej islam yang baik ke kat orang kafir ni ? kalau korang cakap ye . meh sini ,, aku nak lempang sikit bagi sedar -.-''

kita muhasabah balik . just always remeber this two important things

-- > hidayah milik Allah
-- > hati manusia di control oleh Allah

kalau satu hari nanti Allah beri hidayah kat Tengku Sophia ni untuk masuk islam . masa tu . dia pulak yang akan kesal dengan muslim muslim yang dah maki dia dulu . and masa tu . kepada siapa saja yang ada maki dia . korang patut malu ~

and tolong ~~ jangan asyik sebut " ya Allah , kau seksa la Tengku Sophia ni ya Allah " kejap kejap . bukan ke tu urusan Allah , siapa kita nak masuk campur ?

setiap yang jadi tu ada hikmah nya . mungkin Allah jadikan benda ni untuk sedarkan umat umat islam supaya berdakwah dan kembalikan mereka yang sesat ni ke jalan Allah . who knows ??

and mungkin jugakk .. Tengku Sophia ni hina islam . sebab umat islam tu sendiri . mean , perbuatan buruk yang umat islam dah buat . dan buat dia benci dengan islam . so sekarang ni . kita ambil peranan masing masing to be a good muslim and tunjuk teladan yang baik kat non-muslim . okay ? :)

orite2 . korang fikirfikir lah balik ye kawan

ps : aku mintak maaf dari hujung tudung aku sampai hujung stokin kepada sesiapa yang terasa hati dan marah dengan post ni . this is just my opinion . aku harap korang dapat bertindak ikut akal dan apa yang islam ajar , bukan nafsu *insyaALLAH  . sebab orang yang maki maki tu , bukan ikut akal rasa nya . lebih kepada nafsu amarah dan bila marah , syaitan mengalir dalam diri kita and lagi senang dia nak hasut kita . * nauzubillah . memang aku benci dengan perbuatan Tengku Sophia . tapi aku rasa tak patut lah kalau umat islam maki balik . sebab benda tu boleh jatuhkan pulak imej baik islam . aku harap korang faham dan boleh terima ~

pss : peringatan untuk diri sendiri ~

sekian . Assalamualaikum .



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

jangan mudah terasa hati ?


Bismillahirrahmanirrahim~

 In the name of ALLAH , The Most Gracious and The Most Merciful 

salam semua :) 
aku terbaca satu entry ni . dari blog HALWA NAURAH . 

and .. yup , aku sangat terasa . sebab aku pernah dan banyak kali buat benda ni . -.-"

read this ....

Kenapa orang kecilkan hati kita ? Kita pula yang berdosa ?
Then I asked my dad why.

Ayah : Jika seseorang menghina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga akan berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar daripada dosa dia.

Anak : Uikkk... tapi kenapa pulak ? Kita tak buat apa-apa pun.

Ayah : Kerana orang yang menghina kita itu datang daripada Allah.

Anak : *blurr

Ayah : Kenapa kita dihina oleh orang itu ? Kerana.. itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu ? Kerana Dia akan mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tidak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan berkecil hati dengan orang, tetapi berkecil hati dengan Allah.

Anak : Oooo...ok.

Ayah : Lagi parah, bila kita pun cerita dekat kawan-kawan kita. "Dia dah banyak buat aku macam ni..macam itu" dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula cerita dekat kawan-kawan yang lain. "Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia.." jadi keredhaan kita kepada Allah itu akan lesap. *NAUZUBILLAH ~

Anak : *termakan cili.


the conclusion is . jangan senang touching dengan orang . bila kita dah terasa hati , makna nya kita tak Redha dengan Allah . nanti Allah pun tak Redha dengan kita *Nauzubillah . 

and lagi satu benda yang aku dapat tahu , dari belog yang sama jugak . 

setiap kali orang memuji kamu. Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullahalazim kerana orang yang memuji kamu disebabkan Allah telah menutup aib dan kelemahan kamu. :)

hoho . selalunya bila kena puji , kita istighfar ke tak eh ? masingmasing tanya diri masingmasing lah *termasuk aku . baru aku tahu semua ni .

kadang kadang kita ni pun lupa . setiap yang jadi dalam hidup ni adalah ujian . dan nikmat kesenangan adalah ujian paling sukar . sebab kita selalu tak sedar yang kita ni sedang diberi ujian bila kita dalam nikmat kesenangan .

hari ni terasa nak buat dua post .

:):):)

Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Wednesday, December 14

wordlesswednesday#1 : bersedekahlah wahai teman :)






kesian kan :'(
"my first wordless wednesday : tiada kata , hanya gambar yang bercerita .."


Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Tuesday, December 13

who will you choose ?


Bismillahirrahmanirrahim ~

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful 

hari ni , aku nak update pasal CINTA dan PASANGAN . ni subjek feveret ni kan ? betul tak ? :) siapa tak pernah ada perasaan tu dalam hati ? tipu sangat lah kalau tak ada . kalau korang cakap korang tak pernah jatuh cinta . sah ! manusia abnormal . :D 

Cinta . apa yang dimaksudkan dengan cinta ? 

cinta itu apabila dua hati menjadi satu .
cinta itu fitrah setiap makhluk yang bernama manusia .
cinta itu Anugerah terindah datangnya dari Allah .
cinta itu juga perlu dijaga supaya tidak dikawal oleh hawa nafsu . 

tapi , kita sebagai hamba NYA , harus dan wajib meletakkan ALLAH di tempat paling atas dalam CINTA . Cinta kepada ALLAH adalah cinta yang paling tinggi nilainya , yang paling indah dan paling manis :) *tak tergambar dek katakata 

salah kah kita menyintai seseorang ? salah kah jatuh cinta ? 

cinta itu fitrah manusia . Allah yang menghadirkan rasa cinta itu ke dalam hati seseorang . tapi , sebagai hambaNYA , cinta itu perlu dikawal supaya tidak ditelan arus hawa nafsu dan tidak lari dari landasan Agama ~

sabda Rasulullah saw :

"tidak sempurna IMAN seseorang kamu sehinggalah dia mencintai aku melebihi dirinya , ibubapanya dan manusia seluruhnya ..."


so . sudah ke kita mencintai Rasulullah melebihi diri kita sendiri ? jawapan di tangan anda ~~ :)

okeyokey . cukup lah pasal cinta tadi kan . 

sekarang tentang pasangan . or lebih famous dengan "couple" kan kan ?? hehe

first couple :


so... what is your conclusion about this ??

kalau semua cinta dah dicurahkan pada pasangan , apa yang tinggal pada Allah ? 

apabila kita meletakkan cinta kita terhadap manusia melebihi cinta terhadap ALLAH . akan REDHA kah ALLAH dengan kita ? *tepukdadatanyaiman 

always and always remember this *reminder for myself 
sebelum mencari cinta manusia . carilah cinta Allah kerana cinta Allah lah cinta yang paling indah :) 
and . jangan lupa , ketenangan itu milik Allah , hanya DIA yang mampu beri ketenangan dalam hati kita . manusia yang paling kita sayang pun tak kan mampu memberikan kita ketenangan .

Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah , hati menjadi tenang .
(Al-Raad : 28)

wah ~ dengan mengingati Allah , hati akan menjadi tenang . kalau kita ingat pakwemakwe ? bertambah tenang ke ? or bertambah bercelaru ke ? aku rasa la kan , lagi ingat makwepakwe ni . lagi sakit jiwa . betul tak ? sakit rindu la katakan ~ hehe . that's way lah cinta perlu diletakkan di atas landasan yang betul .

landasan yang betul ? macam mana ?
-- > utamakan cinta kepada ALLAH dan RASUL . kemudian MAK dan AYAH .
-- > melawan perasaan cinta supaya tidak dipengaruhi hawa nafsu . lawan ? kenapa pulak nak lawan fitrah ? faham betulbetul kat sini . lawan supaya tak dipengaruhi hawanafsu . bukan lawan dan buang rasa cinta tu . okay ? :)

couple yang kat atas tadi tu . kurang best . setuju tak ?
tak setuju ?? korang nak ke hidup tanpa REDHA ALLAH ? taknak kan ~~ :))

second couple :



waw3! 
siapa nak laki macam ni ? 

siapa yang tak nak tu memang rugi la ~ 
apabila si Adam mencintai si Hawa kerana ALLAH , pasti si Adam akan menjaga dan membimbing si Hawa sebaiknya supaya kekal bercinta hingga ke SYURGA . insyaALLAH . :)

bercinta sampai syurga ~ 

tak nak ke ?? :))

ps : control hati dengan iman :)) mujahadah itu pahit tetapi syurga itu indah :)(:
pss : this is reminder for myself 


   


Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Sunday, December 11

dunya dan akhirah



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

salam semua :)
hari ni aku rasa sangat seronok sebab ber-peluang dengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus .

aku rasa korang semua mesti ramai dah kenal kan ? ke ada yang tak kenal lagi ? kalu tak kenal . korang pegi youtube . tengok ceramahceramah ustaz Azhar ni . best ! tak pun pegi page ustaz . just klik kat nama ustaz atas tu kay :)

semalam ustaz bagi tazkirah kat surau dekatdekat dengan rumah aku . rugi la kan kalau tak pegi . waktu aku sampai tu , memang dah full . aku menyempit jela kat mana mana yang ada pun . hehe :D

wah ! hehe . 
oke . semalam ustaz tak bagi ceramah dengan tajuk yang specific . lebih kepada tazkirah sebenarnye . ustaz banyak tekankan pasal kepentingan ilmu . yup , ilmu sangat penting terutama nya . ilmu fardhu Ain .

kat sini aku nak shareshare la sikit setakat yang aku ingat kan .

orait , nak tuntut ilmu dunia ? bolehboleh .

ilmu untuk membangunkan urusan2 dunia . fardhu kifayah lah kan ? hehe . janji tak langgar hukum hakam agama dah la kan ~

hah . korang nak tuntut ilmu sampai diploma ? bolehboleh , digalakkan , nak sambung lagi sampai degree ? lagi bagus . kalu sampai phd ? lagi hebat kan ? dialu-alukan ~

tapi......
jangan lah pulak sampai lupa kan ilmu akhirat . jangan terlalu mengejar dunia . 

"Apabila kita kejar dunia , dunia akan lari dan apabila kita kejar akhirat , dunia akan mengejar kita" 

cuba bayangkan . masa kita turun je dari pentas masa dapat sijil anugerah phd nanti , tibatiba ada orang tanya kita , apa rukun istinjak , apa rukun tayammum , macam mana demo tayammum ? haa , ingat ke kita satusatu ? ke ingat ingat lupa ... kalau jawab pun ? yakin ke ?? takkan nak tibai je kot ~~

kalau soalan macam tu tak pass .. tak ada makna la korang belajar tinggi mana pun .. manusia yang mencari ilmu dunia semata mata adalah manusia yang JAHIL . jahil dalam bahasa melayu ape ? hah , yang dah tau tu , bagus la . yang tak tau tu , pegi cari sendiri ye ~ hehe .

one more . kita dapat nikmat pakaian , nikmat makanan , nikmat tempat tinggal and macammacam lagi nikmat . tapi kalau kita still tak nak cari ilmu ALLAH (fardhu Ain) ? tak nak berjihad di jalan ALLAH ?

hmm......
berdukacitalah anda , kerana anda tergolong dalam golongan yang BIADAP dengan ALLAH dan neraka lah tempat yang selayaknya . nak ke tergolong dalam golongan tu ? ish2 . nauzubillah ~

ajal kita bukan kita tau pun bila . ke ada yang ada cable dengan malaikat izrail ? bila nak buat dosa je send message "eh2 , ko cuba cek , aku mati bila ? aku nak buat dosa ni . nanti tak sempat pulak nak taubat" ada ke macam tu ? hoho , mustahil laaa ~ so , dengar ye kawankawan .

jangan terlalu leka nak kejar dunia hingga akhirat dilupa .


worrying about the dunya is a darkness in the heart , while worrying about akhirah is a light in the heart :)




sayang parents tak ?

pelik ke aku tibatiba je tanya ? haa , aku tanya . sebab kalau korang sayang parents , mestilah tak nak mereka berdua masuk neraka kan ? sanggup ke tengok mak ayah kita kena humban dalam neraka ?

hm , baca ni ye sahabat2 sekalian
apabila seorang anak adam itu tidak diajar dengan ilmu fardhu Ain . kedua dua ibu bapanya akan disoal

"kamu mak dan ayah kepada si polan bin si polan ?" and dijawab "ya"
"kenapa kamu tak ajar si polan dan si polan tentang ilmu fardhu Ain ?"

kepada parents2 diluar sana .....
nak jawab apa ??
tak kan nak jawab " aku dulu banyak kerja la . nak uruskan perniagaan lagi , nak buat ni , buat tu . aku tak ada masa "
................. (fikir fikirkan dan renung renungkan)

and , dengan sia sia sahaja parents yang disebutkan tadi akan dihumban ke neraka .

dunia dikejar , akhirat dibelakangkan . patut ke macam tu ?

nak ke mak ayah kita masuk neraka ? mesti la tak nak kan . kalau tak nak . even diorang memang tak pandai bab agama ni , apa salahnya kita tuntut ilmu agama , selamatkan mereka dari azab neraka . dan bila dah tuntut tu , ajar la parents jugak . tak kan kita nak belajar sorang sorang kot kan . hehe .

ps : tuntut ilmu agama ni perintah ALLAH SWT . kalau kita tak patuh ? kita tergolong dalam manusia yang BIADAP dengan ALLAH . nauzubillah ~ moga kita sama sama di bawah rahmat Allah . Amiin ... :)

pss : ni tazkirah semalam , tadi pun ada lagi ceramah dari ustaz Azhar kat manjoi . hm , ceramah yang aku tengok tadi . nanti2 aku share pulak kay :)

Assalamualaikum ....





Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Saturday, December 10

MOON ECLIPSE

tengah tengah lapang ni . rasa macam nak buat post . okeyy , sempena malam ini . macam mana yang telah dimaklumkan , akan terjadi nye gerhana bulan . subhanallah . hebatnya kuasa Allah . sesungguhnya dia Maha mengetahui setiap sesuatu :) 




cakap pasal gerhana kan . macam macam kepercayaan ada bila jadik nye gerhana ni . aku senaraikan contoh dia ye .

masyarakat india 
bila berlakunya gerhana matahari , mereka percaya mereka akan ditimpa bala atau memperoleh sesuatu yang tidak bertuah hinggakan mereka tak nak keluar rumah .

orang cina 
mereka percaya gerhana matahari berlaku disebabkan naga menelan matahari hingga mereka melakukan perarakan menghalau naga dengan harapan matahari dimuntahkan semula agar cahaya menyinari dunia seperti kebiasaannya . 

bangsa melayu 
mereka menggelarkan gerhana bulan sebagai bulan sakit dan gerhana matahari pula terjadi dipercayai kerana matahari sedang marah atau menangis.

masyarakat arab kuno 
mereka percaya bahawa kemunculan gerhana adalah tanda kelahiran atau kematian orang terkenal, tetapi Islam pula memperincikan tabiat bulan dan matahari beredar di atas paksi tersendiri sebagai tanda kebesaran Allah SWT.

kita kena ingat ye . kejadian ini adalah tanda kebesaran Allah SWT .


Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:  
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya
kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka
apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga
kembali terang (hilang gerhana).



“Umat Islam khususnya tidak boleh melihat kejadian alam seperti gerhana itu membawa kepada keburukan atau malapetaka kerana Rasulullah SAW juga menegaskan tidak ada kaitan antara kejadian alam dan bumi."

“Hal itu berlaku ketika Rasulullah SAW kehilangan putera baginda, Ibrahim yang kebetulan berlaku pada waktu gerhana matahari hingga disifatkan ramai orang sebagai tanda kesedihan, namun dibantah oleh baginda,” katanya.

sekian sahaja . hujan sangat lebat . kena off cepat ! Assalamualaikum :)



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

give ur heart to ALLAH and everything will be just fine :)


salam to all the bloggers :) 

okay , today i want to share a very AMAZING video that have made me cry a lot . sangat sangat menyentuh jiwa raga . 

i think YOU should watch this video too :) 

btw thanks to my dearest friend for sharing this video to me *winkwink :)


ni ayat copy dari someone's FB , aku pun tak tahu sape . tapi datang nye dari blog  ini 

friends, if you have 2 hours to watch Ombak Rindu or other movies, you better have only 30 minutes to watch this amazing video.


"it takes 5 words in english : Surrender, Submission, Obedience, Sincerity and Peace . But ,  
it only takes one word in arabic. it is islam"

ps : hayati betul betul ye . 30 minit je . tak lama mana pun :)



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Friday, December 9

5 things that can damage our heart

sebelum tidur ,  just nak buat post ringkas . seringkas yang mungkin 

HATI .

Sabda junjungan kita Nabi besar Muhammad SAW: 

“Ingatlah bahwa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, maka rusaklah jasadnya seluruhnya. Ingatlah, ia adalah hati (al qolbu).“(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

menurut Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan, ada lima perkara tentang kerosakan hati

1) bergantung kepada selain Allah
2) angan-angan kosong,
3) bergaul dengan banyak kalangan teman (baik dan buruk), 
4) kekenyangan dan
5) banyak tidur.
 
maybe korang confius sikit kan dengan yang ke-3 tu . maksud dia kat situ . lebih kepada kawan yang membawa perkara perkara negatif kat kita . moga dijauhkan :) 

p/s: Jaga hati anda :)


Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Monday, December 5

wanna live forever ?

it will never happen !
tak mungkin dan takkan mungkin terjadi  !

agak creepy la kan ?
mati ? tipu lah korang tak tahu mati tu ape kan ? takkan nak bagi definition baru faham kot ? haha . takperlu takperlu . korang pun mesti tau kan semua kehidupan yang hidup akan mati ?
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

kita yang hidup ni mesti akan mati . tak tahu la pulak aku kan kalau2 korang ni vampire , yang hidup forever ? *pengaruh twilight la ni . haha . kebanyakan kita ni enjoy macam this life is ours . oh ! no no no ! hidup kita ni milik DIA . ALLAH swt . siapa yang berani nafikan ? siapa korang nak nafikan . kita ni hamba DIA je . don't ever ever forget that kay ? :) 

oke . macam pokok . tanda tanda dia akan mati . dia akan start layu kan ? haa , macam tu jugak manusia ni . manusia pun ade jugak tanda tanda kematian ni . nak tau apa dia ? haaa . baca2 . mana lah tau korang tengah face tanda tanda tu sekarang kan ? eh2 . just kidding kay . ^^

oke . 

100 hari sebelum kematian 

haa , yang ni . just orang yang dikehendakiNYA je yang akan sedar .
maksud kat sini .... tanda ni akan jadik kat semua muslim . tapi bukan semua yang sedar . jelas kan ? :)

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil .

bagi yang sedar . apa lagi ? manfaatkan masa anda betulbetul ye :) 
dan yang tak sedar ? tanda ni akan datang dan pergi begitu saja . tanpa pekdah apeape . ish2 . mudah mudahan kita tergolong didalam golongan yang sedar :) Amiin ~

40 hari sebelum kematian 

hari ni pulak . tanda tu akan berlaku masa ASAR . bahagian pusat kita akan terasa berdenyut denyut . macam mana tu ? haa , nanti korang rasa la kay . hoho . 

and masa ni jugak . daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang terletak kat atas Arash Allah SWT. hah ! lepas tu , malaikat maut akan kutip daun kita tu and get ready for us . huhuhu 

antara persediaan dia . nak tau ? haa , baca ni . 

first , malaikat maut ni akan ikut kita sepanjang masa . diulang , sepanjang masa . hoho . 
second , malaikat maut ni jugak akan tunjukkan wajah dia sekilas lalu . macam mana dia tunjuk ? wallahualam ~ tapi yang ni just untuk mereka yang terpilih sahaja yee . and mike2 yang terpilih tu jugak akan rase bingung sebentar . hehe . 

7 hari sebelum kematian 

tanda ni just jadi kat orang sakit . masa tu , kalau korang sakit . korang tak ada selera makan . haaa ... kalau benda tu jadi kat korang sekarang . cepatcepat lah bertaubat ehh . hehe . 

3 hari sebelum kematian 

masa ni . dahi kita akan berdenyut . bahagian mane ? hm , antara dahi kiri dan kanan . kalau korang dah rasa benda ni . dah dekat dah tu ~ so , berpuasalah ye . untuk mudahkan mike2 yang uruskan jenazah korang nanti . huhu . apa lah rasa nya bile betul betul kat situasi ni kan ? bayangkan ~ 

and lagii , mata hitam korang dah tak bersinar dah masa tuu . pakai contact lens ? ouh , tak gune dah la masa tu kawann ~ hehe . 

hidung korang pulak akan mula jatuh . macam mana nak tau ? tengok la dari tepi . tak yah pikir nak wat plastic surgery ke ape dah . bukan gune dah pun kan? ingat ALLAH banyak2 .

telinga akan layu . mean ,,, bahagian hujung telinga akan masuk ke dalam . tapak kaki pulak akan melunjur ke depan . 

1 hari sebelum kematian 

one more day ? get ready lah ye . sebab masa ni . korang tak kan jumpa dah asar untuk keesokan nye . 
tanda ni akan berlaku waktu asar . korang akan rasa denyutan kat belakang ubun ubun kepala .

last day 

hari terakhir ..... 

kita aka rasa sejuk di pusat . sejuk tu akan turun ke pinggang dan naik ke halkum . masa ni , cepatcepat lah mengucap kalimah syahadah ye . and berdiam lah menunggu malaikat maut mengembalikan kita kepada DIA yang menghidupkan kita . 

kadang2 kita terlalu leka and enjoy dengan dunia macam hidup kita ni tak ada penghujung . ingat ye kawan . setiap yang hidup pasti akan merasai mati . ingat ! 

jangan leka nak cari harta dunia sampai lupa nak beramal . sebab bila mati nanti , tak guna dah pun harta yang berlonggok tu . masa tu , korang just akan bawak amalan2 korang je . 

haa , mati ni . tak kenal usia ye . ingat tu ~ jangan pernah lupa .. bersedia ke kita nak face kematian ni ? cukup ke amal kita ? 

tepuk dada tanya iman ye sayang sayang ku :) 
orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati 

p/s : banyak2 kan lah ingat mati ye . sebab hari kematian tu akan jemput jugak korang nanti . except kalau korang ni vampire .. hehe .


Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Sunday, December 4

dajjal laknatullah

hari ni aku terasa nak share something dengan korang . and lepas baca ni . sebar2kan lah ehh .. untuk peringatan semua umat islam :) enjoy your reading .


An-Nawwas bin Sim’an r.a berkata: Pada suatu pagi Rasulullah s.a.w menyampaikan hal ehwal Dajjal. Kadang-kadang suara baginda terdengar mendatar dan kadang-kadang keras, sehingga kami mengira Dajjal berada di sekitar kebun Madinah. Ketika kami kembali, baginda mengetahui ada sesuatu yang sedang kami fikirkan. Baginda bertanya: Ada apa dengan kalian? Kami menjawab: Wahai Rasulullah s.a.w, pagi tadi engkau menyebut perihal Dajjal, kadang-kadang suaramu terdengar mendatar dan kadang-kadang keras, sehingga kami mengira Dajjal berada di sekitar kebun yang ada di sini. Baginda bersabda: Bukan Dajjal yang paling aku takutkan akan memperdayai kalian, sebab jika Dajjal muncul di saat aku masih hidup, maka aku akan mengatasinya langsung dan menjaga kalian darinya. Dan jika ia muncul ketika aku telah tiada, maka setiap orang akan dapat mengatasinya dengan mudah, Allah lah yang akan mengambil perananku untuk menjaga setiap muslim.
Sesungguhnya saat muncul, Dajjal adalah seorang pemuda berambut sangat kerinting, matanya menonjol keluar, seperti mirip dengan Abdul ‘Uzza bin Qathan. Barangsiapa di antara kalian yang melihatnya, maka hendaknya membacakan ayat-ayat pertama surah Al-Kahfi. Ia muncul di sebuah jalan yang terletak antara Syam dan Iraq, lalu membuat kerosakan di kanan dan di kiri. Wahai hamba-hamba Allah, bertahanlah.

Kami bertanya: Wahai Rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi? Baginda menjawab: Empat puluh hari. Sehari seperti setahun, sehari lagi seperti sebulan, sehari lagi seperti seminggu dan hari-hari yang lainnya sana seperti hari-hari yang biasa kamu alami. Kami berkata: Wahai Rasulullah, tentang satu hari yang sama seperti setahun, apakah kami cukup melakukan solat seperti hari biasa (lima kali sepanjang tahun)? Baginda menjawab: Tidak, akan tetapi perkirakanlah jarak waktunya.

Kami berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana kecepatan perjalanan Dajjal di bumi? Baginda menjawab: Seperti hujan yang ditiup angin. Dajjal mendatangi sesuatu kaum dan mengajak mereka agar menjadi pengikutnya. Mereka pun beriman dengannya dan mahu menjadi pengikutnya. Saat itu juga Dajjal menyuruh awan untuk menurunkan hujan , maka turunlah hujan, dan menyuruh bumi untuk menumbuhkan tanam-tanaman sehingga haiwan-haiwan peliharaan kaum tersebut bertambah besar, susunya bertambah banyak dan badannya bertambah gemuk.

Kemudian Dajjal mendatangi kaum yang lain, dia mengajak mereka agar menjadi pengikutnya, tapi mereka menolak. Setelah Dajjal meninggalkan mereka, maka pada pagi harinya tanah mereka menjadi kering dan harta mereka musnah. Dajjal melewati tempat peninggalan yang lama, lalu berkata: Keluarkanlah harta yang terpendam di tanahmu! Maka keluarlah harta Qarun yang terpendam di dalamnya dan mengikuti Dajjal seperti lebah-lebah jantan yang mengikuti ratunya.

Setelah itu Dajjal memanggil seorang anak muda belia, lalu menebaskan pedangnya ke arah tubuh pemuda tersebut hingga terbelah menjadi dua dengan tepat sekali. Setelah pemuda itu dihidupkan kembali, Dajjal memanggilnya lagi dan mengajaknya agar menjadi pengikutnya. Sang pemuda hanya menghadap kepadanya dengan wajah yang tampak tegar dan ketawa. [Dalam hadith lain dikisahkan bahawa setelah pemuda itu dihidupkan, maka dia lebih yakin bahawa Dajjal itu pembohong yang besar lalu diberitahu kepada orang ramai akan siapa Dajjal. Pemuda itu akhirnya dicampakkan ke dalam kobaran api yang disangkakan oleh pengikut Dajjal adalah neraka, padahal pemuda itu masuk syurga].

Dalam keadaan seperti itulah Allah Ta’ala mengirimkan Isa a.s putera Maryam. Isa turun di Manarah Baidha’ yang terletak di sebelah timur Kota Damaskus dengan memakai dua pakaian yang dicelup. Dia meletakkan tangannya di celah-celah sayap dua malaikat. Jika Isa menundukkan kepalanya, maka titik-titik air jatuh darinya dan apabila mengangkat tegak kepalanya, maka bercucurlah air darinya seperti butir-butir mutiara yang jatuh.

Setiap orang kafir yang merasakan hembusan nafasnya akan mati padahal hembusan nafasnya menyebar sejauh mata memandang. Isa mengejar Dajjal sampai menemukannya di daerah Bab Ludd dan membunuhnya di sana. Kemudian Isa mendatangi suatu kaum yang telah dijaga oleh Allah dari kejahatan Dajjal. Isa mengusap wajah mereka dan menerangkan kedudukan-kedudukan mereka di syurga. Dalam keadaan seperti itu Allah mewahyukan kepada Isa a.s: “Sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu (manusia) yang sangat kuat sehingga tidak ada yang sanggup berperang melawan mereka. Kerana itu, bawalah hamba-hambaKu yang taat ke gunung Thur dan berlindunglah di sana.”

Allah mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj. Mereka bergerak dengan cepat dari segala arah. Kelompok mereka yang berada di garis depan melewati danau Thabariyah dan meminum airnya. Ketika kelompok di garis belakang tiba, mereka berkata: Sebelumnya danau ini masih penuh dengan air.

Nabi Isa dan para pengikutnya dikepung. Keadaan mereka semakin memprihatinkan sehingga satu kepala lembu yang ada di tangan mereka lebih berharga dari seratus dinar yang ada di tangan kalian saat ini. Nabi Isa a.s dan para pengikutnya berdoa kepada Allah Ta’ala. Maka Allah menjadikan ulat pada leher Yakjuj dan Makjuj sehingga esoknya mereka semua mati sekaligus.

Isa a.s dan para pengikutnya turun dari gunung, tapi seluruh tempat di daerah tersebut penuh dengan mayat dan menyebarkan bau busuk yang menyengat. Nabi Isa a.s dan para pengikutnya berdoa kepada Allah Ta’ala, maka Allah mengirimkan burung-burung besar seperti leher unta yang mengambil mayat-mayat bangsa Yakjuj dan Makjuj dan melemparkannya di tempat-tempat yang dikehendaki Allah. Lalu Allah menurunkan hujan yang sangat deras dan meliputi seluruh kota dan pendalaman sehingga tanah menjadi bersih dan licin. Kemudian dikatakan kepada bumi: Keluarkanlah buahmu dan kembalikan berkahmu.

Di masa itu sekelompok masyarakat boleh memakan buah delima dan menggunakan kulitnya untuk melindungi kepala dari sengatan matahari. Susu pun menjadi berkah sehingga susu seekor unta cukup untuk diminum oleh sekelompok masyarakat. Susu seekor lembu cukup untuk diminum oleh satu kabilah (suku) dan susu seekor kambing cukup diminum oleh sekelompok keluarga besar. Dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang sangat menyegarkan dan menghembus di bawah ketiak mereka. Bersamaan dengan hembusannya, Malaikat mencabut nyawa setiap orang mukmin dan muslim, sehingga yang tersisa di bumi adalah orang-orang yang bergelumang dengan dosa. Mereka biasa berzina di tempat terbuka seperti keldai. merekalah yang mengalami kejadian Hari Kiamat.

(Hadith Riwayat Muslim)

dah baca ? haa . masa akhir zaman nanti . kalau lemah iman kita , akan terpedayalah kita dengan Dajjal laknatullah . dan kalau kuat iman kita . insyaAllah kita dilindungi Allah . sama sama kita renungkan . mudah mudahan kita tergolong dikalangan orang yang beriman :) Amiin . 

Oh Allah , guide us .....

ps : sharing is caring . share2 la dengan family , sahabat , sedare mare and sape2 as a reminder kay :) byebye :D






Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...