ada yang cakap , watak irfan dan asid , macam 'gay' . tapi bagi saya , tidak sama sekali . watak irfan dan asid menunjukkan betapa indahnya benda yang dipanggil ukhuwah itu , banyak sangat bab bab di dalam novel tersebut yang membuatkan hati saya tersentuh . saya sangat inginkan ukhuwah yang berlandaskan iman seperti itu :D betapa aman nya dunia jika semua umat , menjalankan setiap perkara atas dasar keimanan .
teringat pada chapter yang ke 7 , kalau tak silap . dimana ketika itu perihal disaster five yang membuat kacau hangat dibicarakan oleh semua warga permai . dan pada minggu tersebut , irfan diminta memberi intropeksi untuk mengawal kembali keadaan . irfan bijak mengawal situasi , dia memberikan tazkirah yang berjaya menjirus kembali hati hati warga permai .
"Hari ini , ana ingin membawakan satu hadith yang mahsyur kepada semua , sebagai muhasabah diri kita"
Semua ternanti-nanti . Irfan juga bijak , dia tidak gopoh dalam memberikan penyampaian . Dia bijak bermain psikologi .
"Satu hari datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW dan berkata : Wahai Rasulullah , berikan aku nasihat"
Irfan senyap lagi . Memandang semua . Dia memang suka begitu . Menarik perhatian . Mengumpul rasa ingin tahu . Berkomunikasi dengan perasaan .
"Rasulullah SAW menjawab..." Berhenti lagi . Semua ternanti-nanti . Mata Irfan menentang semua mata yang memandangnya .
"Jangan kamu marah" Irfan menyempurnakan.
Hati-hati ahli permai yang hadir seakan dipanah . Belum lagi pejelasan yang diberikan , tetapi hadith itu seakan-akan mengenai jiwa-jiwa mereka , membasuh hati-hati mereka .
saya sendiri terasa dipanah dengan ayat ini . ya, saya juga hanya manuisa biasa yang sering marah kerana sesuatu yang tidak memuaskan hati . namun saya sedar , orang yang sering marah tidak lah tergolong dalam orang orang yang kuat imannya . dan sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama sama orang yang bersabar .
sama sama kita muhasabah diri semula . dan ingat , ayat ini mungkin hanya seperti angin yang berlalu bagi sesetengah insan . tapi begitu mendalam maknanya bagi saya iaitu "sabar itu separuh dari iman" separuh . bayangkan .
psI : im alone now . everyone in this sweet home are sleeping . :D
psII : saya takut nak ambil result !
No comments:
Post a Comment