Tuesday, December 28

.azam.

tahun baru dah nak datang .

so , apa azam tahun baru korang ? . 

azam saya ? banyak . tapi yang semestinya saya nak jadi lebih baik dari tahun lepas . saya nak perbaiki balik kesilapan kesilapan saya tahun lepas . Insya Allah . and more important , saya nak avoid couple . boleh ke ? try je la . kan ? haha . 

tak sabar sabar ni . nak balik hostel . tak tahu lah kenapa , tapi memang rasa semangat sangat nak balik smka tu . haha . rasa rindu gila nak duduk dalam asrama . :D 

cuma , tahun depan . ramai dah pindah . it is very very not cooooll . :( . 

haha . tak apa lah . setiap pertemuan ada perpisahan . kan ? hee . cuma satu je lah ye yang saya nak ingatkan .... azam tak semestinya time time tahun baru je , tiap tiap hari pun kita boleh tanam azam . korang pun mesti dah selalu diingatkan macam tu kan . kan kan ? hehe . 

apa apa pun . be more better than last year . maju ke hadapan ! :) 

psI : umi tengah baca novel 

psII : entah lah kenapa , banyak nombor tak kenal masuk phone . tak suka tol ! haha .

psIII : 3 barang lagi mau beli , untuk pulang ke asrama . hihikk . 








Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Monday, December 27

.rumah kata pergi , sekolah panggil mari.

pejam celik , pejam celik . ahad ni dah mula sekolah . dah kena balik smka .

tahun depan saya dah masuk form 4 , ramai gila member member yang pindah . tahun depan mesti tak best . best buddy saya , basyirah . pindah sekolah . alahai , she's a very great best friend . tiba tiba dia pindah pulak . memang tak best . tapi tak apa . biar jauh di mata , tapi dekat di hati . cewaahhh .

insya Allah , tahun depan saya ambil aliran sains agama . maknanya kena ambil subject bio , chemist , physics . susah susah . kalau tahun depan saya main main lagi . memang hancur lah . addmath lagi , arab lagi ? . haha .

hidup tanpa cabaran . bukan hidup namanya kan ? betul lah kan ? :) hihikk

SPM 2012 . SPM , SPM , SPM .
saya tak sabar pulak nak SPM . :D
nak habis sekolah , nak masuk u , nak kahwin  , haha . gedikk :D

what ever happen . i'll try harder to get SUCCEED . :D weee . hihi . and i wanna make my mum proud with me . :D





Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Saturday, December 25

.my first award !.



soalan pertama : ucapan anda ?

thanks to miss ilmuna yang sangat baik hati bagi saya awards ni , saya nak ucap apa ye ? hm , saya just nak doakan semoga semua muslimin dan muslimat mendapat keredhaanNYA . hihikk . :) 

soalan kedua : berikan empat ciri lelaki atau wanita idaman untuk dijadikan pasangan hidup 

  • seorang yang menjaga tanggujawab sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di bumi ini . bila dia jalankan tanggungjawab dengan Allah , barulah saya percaya dia akan bertanggungjawab menjaga saya :D
  • seorang yang prihatin kepada semua orang walaupun orang yang tidak dikenali 
  • seorang yang menerima saya seadanya , malah membantu saya memperbaiki keburukan saya 
  • seorang yang bersedia membimbing saya dan anak anak saya hingga ke syurga :)
soalan ketiga : pernah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan doa putus cinta ?

soalan di balas soalan ... ada ke doa doa tersebut ? hihi 

soalan kelima (last) : letakkan 10 link pilihan anda dan beritahu mereka , mereka telah memenangi award ni 

anda yang membaca :)





Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Tuesday, December 21

.lusa.

lusa . 23 Dis 2010 . hari yang mendebarkan bagi semua calon PMR .

result PMR saya cemerlang ke ?
kalau result ok . patut ke saya pindah mana mana sekolah yang lebih bagus ?
kalau result ko ? saya kena sekolah biasa ?ohh ,  moga dijauhkan .

khamis , Disember 23 2010 .

penentunya . takutt

moga tarikh Disember 23 menjadi kenangan manis buat saya dan semua calon PMR . Amiin . mudah mudahan . chill !

psI : saya mahu mandi *wink wink

psII : baman sedang tuisyen . bamie dan baby pulak tengok tv . hihi .




Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

.tutorial : menimbang berat blog.

loading nak buka blog lama ? mungkin blog korang dah berat . kadang kadang bila saya nak buka blog orang pun . aduii , lama nye . malas je nak tunggu ,

dinasihatkan berat blog mestilah under 100kb . kalau dah terlebih tu . buang la widget widget yang tak diperlukan ye . lagu ke . gambar yang banyak banyak tu ke . kepada sesiapa yang nak timbang berat blog . boleh pergi di url ini ye . http://www.iwebtool.com/speed_test . 

ingat ! jangan lebih dari 100 kb tau . nanti blog korang loading lambat macam siputt . :)

blog saya 70.66kb je . ringan ke ? entah saya pun tak tau . hihi .

selamat mencuba .



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Sunday, December 19

.tutorial : link berpelangi.

ok . kepada sesiapa yang berminat nak buat link berpelangi . boleh ikut step saya ni ye . tau tak macam mana link berpelangi tu ? cuba biarkan cursor anda di sini . ada macam macam warna kan ? cantik kan ?

kalau nak buat . meh sini saya ajar :)

design > page element > add gadget > letak code bawah ni 


<script src="http://fwzynn.googlepages.com/rainbow.user.js" type="text/javascript">

/***********************************************

* Script edited by Ynn Ainul at http://fwzynn.blogspot.com/

* Please keep this notice intact

***********************************************/
</script>
dah siap ! nak copy code di atas . tekan CTR+C ye . :)
Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

tutorial : menukar cute cursor

hari ni saya nak share macam mana nak pasang cute cursor kat blog ?

step dia sangatlah mudah . :)


  1. korang pergi kat http://www.cursors-4u.com/ 
  2. korang pilih mana mana curor yang korang berkenan . pastu copy code dia 
  3. Design>Page Element>Add Gadget>Html/Javascript
  4. korang paste code tadi
siap ! 
senang je kan kan ? try la .







Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Friday, December 17

.hujan diluar , banjir di dalam.

petang tadi , sedang saya mengemas dapur . ayah tanya : "air apa yang tumpah ni?" . saya pun dengan selambanya menjawab : "baby la tu , bagi tumpah air"

padahal ..

masa saya masukkan baju baju 'wangi' ke dalam mesin basuh , saya lupa letakkan paip (yang mengeluarkan air sabun) tu kat dalam tandas . haha . habis lah banjir satu rumah . ish3 . maka , bersenamlah saya dan ayah saya bersama penyapu lidi dan mop . ok lah kan ? tak semena mena dapat hadiri kelas senaman . for free lagi . hahaha . sakit sakit pinggang . huhu .

psI : saya mahu buat banner . tapi takde photoshop dan malas download . -.-"

psII : hari ni saya banyak menghabiskan masa mengubahsuai blog . *wink wink .
Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

.tutorial : tittle bar marker.

hari ini saya mahu kongsi cara cara membuat tittle bar marker . seperti yang saya baru je buat tadi . :D ada kawan saya yang tanya macam mana nak buat . ok lah , saya bagitahu yep . sila follow 6 steps di bawah . tapi sebeelum tu sila buka web ni ye http://www.bosiljak.hr/titlemaker/


  1. Tulis lah apa apa pun yang korang nak . 
  2. Pilih mana mana style tittle tu gerak . pilih lah yang suka . 
  3. korang boleh pilih kelajuan dia bergerak . makin sedikit nombor yang diletak , makin laju dia gerak . 
  4. tekan . kalau korang nak tengok hasil dia . 
  5. jika dah berpuas hati . boleh tekan generate code . harap anda semua berpuas hati ye . 

selamat mencuba . :D

Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Thursday, December 16

.bosan.

selalu sangat kan dengar perkataan tu dari mulut manusia ? tak pun , dari status status kat facebook . semalam saya terbaca satu part kat majalah solusi isu no.26 . muka surat 80 . beli tau ! tak ruginya RM11.00 tu . hehe . 

tajuk dia 'boring ! bosan !' 

saya terkedu baca penulisan tu . setiap hari perkataan 'bosan' wajib keluar dari mulut saya . tapi penulisan ini membuatkan saya menanam azam baru untuk mengharamkan diri saya dari mendekati ciri ciri kalimah itu . boleh ke ?? InsyaAllah . i'll try the best :D

memang kerapkali kita jumpa/dengar perkataan tu dari sesiapa . tapi kalimah 'bosan' tidak sepatutnya wujud dalam kamus kehidupan kita . 

bosan . 

hakikatnya itu lah jiwa yang kosong . jiwa yang tiada matlamat . dan jiwa itu lah nanti akan terlibat dalam gejala hedonisme iaitu satu tabiat yang pentingkan kesukaan dan kemewahan tanpa menghiraukan pantang larang agama dan tatasusila . (dipetik dari majalah solusi)

masa yang terluang sepatutnya di isi dengan sebaiknya . nak isi bagaimana ? baca buku . tolong mak ayah  buat apa apa . kemas kemas rak buku ke . baca Al-quran ke kan ? banyak lagi lah . cuma kita yang tak nak buat . sebab ? MALAS . itulah jawapannya . kan kan kan ?? hehe . 

tiada ubat bagi penyakit malas :D 



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

.jangan kamu marah.

teringat saya akan novel sinergi yang ditulis oleh Hilal Asyraf . saya sangat suka membaca novel tersebut .

ada yang cakap , watak irfan dan asid , macam 'gay' . tapi bagi saya , tidak sama sekali . watak irfan dan asid menunjukkan betapa indahnya benda yang dipanggil ukhuwah itu , banyak sangat bab bab di dalam novel tersebut yang membuatkan hati saya tersentuh . saya sangat inginkan ukhuwah yang berlandaskan iman seperti itu :D betapa aman nya dunia jika semua umat , menjalankan setiap perkara atas dasar keimanan .

teringat pada chapter yang ke 7 , kalau tak silap . dimana ketika itu perihal disaster five yang membuat kacau hangat dibicarakan oleh semua warga permai . dan pada minggu tersebut , irfan diminta memberi intropeksi untuk mengawal kembali keadaan . irfan bijak mengawal situasi , dia memberikan tazkirah yang berjaya menjirus kembali hati hati warga permai .

"Hari ini , ana ingin membawakan satu hadith yang mahsyur kepada semua , sebagai muhasabah diri kita" 


Semua ternanti-nanti . Irfan juga bijak , dia tidak gopoh dalam memberikan penyampaian . Dia bijak bermain psikologi .


"Satu hari datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW dan berkata : Wahai Rasulullah , berikan aku nasihat"


Irfan senyap lagi . Memandang semua . Dia memang suka begitu . Menarik perhatian . Mengumpul rasa ingin tahu . Berkomunikasi dengan perasaan .


"Rasulullah SAW menjawab..." Berhenti lagi . Semua ternanti-nanti . Mata Irfan menentang semua mata yang memandangnya .


"Jangan kamu marah" Irfan menyempurnakan.


Hati-hati ahli permai yang hadir seakan dipanah . Belum lagi pejelasan yang diberikan , tetapi hadith itu seakan-akan mengenai jiwa-jiwa mereka  , membasuh hati-hati mereka .

saya sendiri terasa dipanah dengan ayat ini . ya, saya juga hanya manuisa biasa yang sering marah kerana sesuatu yang tidak memuaskan hati . namun saya sedar , orang yang sering marah tidak lah tergolong dalam orang orang yang kuat imannya . dan sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama sama orang yang bersabar .

sama sama kita muhasabah diri semula . dan ingat , ayat ini mungkin hanya seperti angin yang berlalu bagi sesetengah insan . tapi begitu mendalam maknanya bagi saya iaitu "sabar itu separuh dari iman" separuh . bayangkan .

psI : im alone now . everyone in this sweet home are sleeping . :D

psII : saya takut nak ambil result !
Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Wednesday, December 15

.result.

ouh , i'll get my result soon !
8 more days to go . im very very very nervous . is it OK or NOT OK ?

i know that i must get ready to face it . wish me luck !

barangsiapa yang membaca penulisan ini , harap dapat menadah tangan dan berdoa :

    "semoga Nurliyana Amirah dan semua calon PMR mendapat result gempak lagi gempur"

amiin ... :D

psI : rumah bersepah .

psII : saya bosan ber-facebook .

psIII : i wanna forget about both of them !




Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Thursday, October 21

.salam.

.hello everyone.
.this is my third blog,, perhaps.
.haha.
.this blog is not going to be very active.
.i just do this for fun.
.nice to meet all the readers.
.have a nice life!.



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...