Wednesday, November 30

wahai smokers ku sayangg ...



wow !

hah . tibe2 je rase nak buat entry pasal smoke . heheh . tadi aku singgah sebentar di restoran kak wan dengan family terchenta . singgah je ke ? hmm , singgah dan makan . heheh

kat situ . penuh dengan kaki lepak lah .. and yang paling aku anti .. ASAP ROKOK . memang majoriti kat situ . semua bertemankan rokok =.=" 



"ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN"

dah lali rasenye aku dengar ayat nih .. korang pun mesti dah selalu dengar kan ? dalam iklan , dalam paper , eh , tak yah tengok yang jauh jauh la . kat kotak rokok tu pun ade lah :p hehe . 

aku dah jumpe ramai member aku yang smoke nih . sedare aku yang perempuan pun ade jugak . and ade yang dah stop , tahniah diucapkan . aku tumpang gumbira . heheh . aku tau , memang susah untuk seorang smokers ni berpisah dari rokok nye ...  ade yang cakap " aku rasa macam orang drug addicted nak stop ambik dadah" *waww !

esh2 , aku tak tau lah macam mane rasenye . tapi aku tau , memang susah . and aku rase la kan . tak patut jugak nak push diorang ni untuk stop rokok . sebab kite tak tau macam mane susah payah nye nak stop kan . atleast kalau diorang dah sedar tu . Alhamdulillah ~ kite ni pun  , takkan tengok je ? tolong la support kan . tak banyak , sikit pun jadi .. :) 

yang tak sedar sedar lagi tu . cuba2 lah bagi sedikit teguran *secara baik ;))


peringatan untuk para smokers :

dalam hidup ni tak ada benda yang senang , kalau tak pernah susah bukan hidup lah namenye . betul kan ? 

so , don't give up kay ? :) maybe susah .

tapi ... ikhlaskan hati untuk berubah dan setiap kesusahan yang korang hadapi tu , insyaAllah dibalas dengan pahala .

oke . rokok ni memang terang2 rasenye . tak ade pekdah pun .. kan ?? keburukan nyee banyak laa . bukan setakat pada si penghisap rokok tu je . 

dengan yang terpakse hisap ASAP rokok sekali dapat keburukan die . haa .. baca nih . 

sabda Rasulullah SAW :
“Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” (Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)

dalam rokok . ada nikotin . semua orang tau kan ? :) kalau tak tau , ni aku kasi tau .

sedikit info :
nikotin 
-sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain .

segala yang memabukkan , termasuk dadah berbahaya diHARAMkan oleh islam .

dalam riwayat yang lain, Ummu Salamah telah berkata, “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

memang lah korang tak mabuk pun hisap rokok tu . tapi dalam BENDA yang korang hisap tu . ada bahan yang memabukkan .
 


kat kotak rokok . banyak gambar macam ni . tapi ,, macam tak de function je kan ? :p

hmm . kadang kadang .

deme yang nak stop rokok ni . oke dah , nak stop . 
but ,, bile ada yang menghulur ...... lain pulak jadinyee =.=" 

bukan sorang yang aku dengar jadi macam tu . boleh dikatakan majoriti . hm , biasa lah kan , benda baik memang SUSAH nak buat .

apabila seseorang itu berusaha melakukan sesuatu perubahan ke arah kebaikan dengan ikhlas . dia sedang berjihad melawan nafsu . dan ingatlah , jihad melawan nafsu itu adalah jihad yang besar *dalam dunia ni , tak ada yang SENANG . 

Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)


sekian saja ~
ps : maaf andai ada yang terasa hati . hanya peringatan untuk kebaikan semua . iAllah :)



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

9 comments:

Aku Mad said...

salam kenal n follow :)

yana :) said...

wasalam , oke . thanks :)

MuhdSyafiqSani said...

jauhi rokok dan anda sihat..haha

yana :) said...

yup3 :) insyaAllah

irsan_aizan said...

tp bg org yg dah lame merokok nak buat camne mcm bapak aq...kadang2 kite kene let it go je la...nak buat camne

yana :) said...

dalam hidup ni . nothing imposible , dimana ade kemahuan , di situ ade jalan . jgn le tu ~

armouris said...

lagi info tentang rokok - Berhenti Merokok Dengan SmokerHaven

armouris said...

lagi info tentang rokok - Berhenti Merokok Dengan SmokerHaven

yana :) said...

ouh . tengs :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...