Thursday, December 16

.bosan.

selalu sangat kan dengar perkataan tu dari mulut manusia ? tak pun , dari status status kat facebook . semalam saya terbaca satu part kat majalah solusi isu no.26 . muka surat 80 . beli tau ! tak ruginya RM11.00 tu . hehe . 

tajuk dia 'boring ! bosan !' 

saya terkedu baca penulisan tu . setiap hari perkataan 'bosan' wajib keluar dari mulut saya . tapi penulisan ini membuatkan saya menanam azam baru untuk mengharamkan diri saya dari mendekati ciri ciri kalimah itu . boleh ke ?? InsyaAllah . i'll try the best :D

memang kerapkali kita jumpa/dengar perkataan tu dari sesiapa . tapi kalimah 'bosan' tidak sepatutnya wujud dalam kamus kehidupan kita . 

bosan . 

hakikatnya itu lah jiwa yang kosong . jiwa yang tiada matlamat . dan jiwa itu lah nanti akan terlibat dalam gejala hedonisme iaitu satu tabiat yang pentingkan kesukaan dan kemewahan tanpa menghiraukan pantang larang agama dan tatasusila . (dipetik dari majalah solusi)

masa yang terluang sepatutnya di isi dengan sebaiknya . nak isi bagaimana ? baca buku . tolong mak ayah  buat apa apa . kemas kemas rak buku ke . baca Al-quran ke kan ? banyak lagi lah . cuma kita yang tak nak buat . sebab ? MALAS . itulah jawapannya . kan kan kan ?? hehe . 

tiada ubat bagi penyakit malas :D 



Syukran Jazilan for my dear readers :) YA ALLAH take care of this person who is reading this , hear my words YA ALLAH guide this person with your LIGHT :) insyaAllah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...